APA TINDAKAN KORANG APABILA TAHU YANG KOMUNIKASI KORANG DENGAN KAWAN KORANG TELAH DI-BREACH ATAU BOLEH DI-BREACH?

A

Beberapa hari lalu, kawan aku tunjuk screenshot daripada sahabat jutawan aku, Mag Malaya Ahmad. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, tolong check budak Mag ni. Kaya teruk tapi tak bayar cukai banyak.

Lepas tengok je screenshot tu, terus aku kecewa dan mesej dia. Aku suruh dia buat group dengan wife dia sekali dengan aku. So, kita communicate dalam group sahaja since komunikasi aku dengan dia tidaklah private seperti yang aku sangka.

Beginilah aku. Apabila aku tau ruang privacy aku dan mana-mana kawan aku boleh di-breach bini mereka, aku takkan reply apa-apa yang serius dah. Aku rasa privacy aku telah diragut. Biasanya aku suggest buat group je dengan bini diorang supaya bini diorang boleh baca situ.

Nak join nyembang sekali pun boleh dalam group itu. Daripada baca curi-curi, lepas tu merentan. At least aku dah tau komunikasi aku memang ada oranv ketiga boleh baca dan tahu. Maka aku bolehlah kawal segala input atau kata-kata aku.

Breach komunikasi ni ibarat aku nak sembang dengan Mag sorang saja, tapi ada orang pasang alat mengintip dengar. Curi dengar tanpa keizinan aku. Korang suka komunikasi yang korang nak A to B je tahu, tapi ada C boleh curi baca atau dengar?

Handphone aku, laptop aku, memang isteri-isteri aku, kawan-kawan atau sesiapa pun takkan boleh buka. Aku memang takkan bagi. Dalam tu ada komunikasi aku dengan kawan-kawan aku, business partner, client dan gopren-gopren yang haram untuk di-breach. Aku respect mereka, mereka nak cakap dengan aku sahaja.

Begitulah aku menjaga privacy mereka yang deal dengan aku. Cakap dengan aku, hanya dengan aku. Tiada orang lain akan tahu termasuk isteri-isteri yang tercinta. Tapi dek kerana Mag dah khianat aku, aku pun share-lah komunikasi aku dengan dia sikit. Yang atas-atas tu aku tak share-lah. Tapi rasa macam nak share je.

Mag, boleh share tak?

Takda beza kan aku bagi passcode kat wife-wife aku, kan? Apa beza diorang boleh baca dengan kasi public baca?

Hu Hu Hu! Ha ha ha! Ah ah ah!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.