Apa yang best raya ni adalah masa mendengar pengumuman raya. Macam final rubber game player ke-5 piala Thomas.
Kalau diumumkan esok raya, terus bersorak, riang dan gembira. Terus aku pergi tangkap ayam kampung. Itu masa di kampung.
Kalau kena puasa lagi, maka bermuram durjalah kita semua waktu itu sebab kena puasa dan solat tarawih. Element of surprise inilah yang aku rindu.
Masa di Australia, kami akan duduk di tepi pantai mencari benang emas. Kalau benang emas muncul, kami bertakbir dan beraya. Kalau tak muncul kami pula dan solat tarawih.
Raya atau eid ini masa untuk bergembira. Bukan masa nak duka nestapa. Nabi suruh happy-happy. Tapi itulah, Malaysia ni raya sedih.
Drama sedih, ziarah kubur, takbir sedih, semua sedih. Itu sebab dulu setiap kali raya, aku ke luar negara beraya. Tahun-tahun covid ni je sangkut.