Dia berniaga pun rugi yang tidak logik. Lepas tu sembang dia pakai AI, AI mende? Then, konon dia buat digital marketing agency? Kalau syarikat/produk sendiri tergolek rank dia dalam dunia digital, bagaimana kau nak manage syarikat/product orang lain?
Rujuk tulisan lama aku di bawah :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=274777471515074&id=106639804995509
Lepas tu tiba-tiba kau naikkan value company kau untuk tunjuk kau kononnya berjaya dalam business. Kalau gitulah gayanya, ingat kalau dia jadi menteri, dia value aset negara jadi trillion-trillion guna method sangkaan dia.
Laporan kehebatan Rafizi berniaga konon syarikat dia punya saham bernilai tinggi itu pun nampak kartun dan desperate sangat. Sendiri punya company, kau sendiri nilai. Korang boleh baca analisis yang dibuat oleh owner marketing agency yang berniaga benda yang sama macam Rafizi.
Rujuk :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10223354502743978&id=1028385863
Kesimpulannya, aku nak kasitau. Bab meniaga, AI, bigdata dan teknologi, korang boleh dengar jela daripada Rafizi ni, percaya jangan. Turn on #mindaskeptikal dan #SCRUTdulu.
Dia kata nak jawab hari tu kononnya. Tapi aku tau dia tak boleh nak justify sales RM20k je setahun selepas spend nak dekat sejuta. Macam kawan-kawan aku cakap, meniaga burger, takda marketing agency, bigdata dan AI pun boleh dapat setahun RM60k.
Aku ingatkan Rafizi ni terer-lah juga bab ekonomi dan asas kepada nilai matawang. Sekali selepas aku tonton full forum diantara dia dengan Dato Johari Ghani, aku rasa Rafizi sepatutnya balik berniaga selamatkan company dia Adnexio dan Invoke tu jela. Kasilah sales up sikit.
Yang menariknya, dia boleh intro yang kononnya Dato Johari Ghani pun mungkin tak boleh nak terangkan. Itu yang buat aku respect para debater ni. Keyakinan yang sangat unggul walaupun insult intelligence!
Tapi yang paling aku tak boleh lupa, gerakan langkah Kajang nak turunkan Tan Sri Khalid (arwah) sanggup Rafizi buat fitnah. Selepas arwah saman diorang (PKR). Saifuddin Nasution kena baca permohonan maaf dalam mahkamah.
Arwah yang berjiwa besar telah memaafkan rakan-rakan lamanya dan menutup surat penerimaan tersebut dengan maaf zahir batin kerana mengambil semangat bulan syawal.
Rujuk : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10159841796668592&id=716388591
Tapi, apa Rafizi buat? Konon arwah tarik dan sama-sama mohon maaf. Walhal, arwah tarik sebab PKR nak mohon maaf.
Tapi begitulah Rafizi, walaupun dia tidak korup (rasuah), mungkin belum lagi. Tapi mengenali Rafizi, jiwa “sotong” dia sangat bahaya untuk masyarakat yang nak cari kebenaran.