APABILA ORANG TAK MENGHARGAI PELUANG PEKERJAAN..

A

Sepanjang aku buat CSR, ramai yang contact aku kata takda kerja, takda job, kena buang kerja, minta kerja, minta kerja asal ada kerja. Lepas dana habis pun, sampai minta RM30 untuk hidup. Mana tak jem kepala hotak aku fikir pasal masalah umat ni.

Dalam musim covid ni saja, aku create lebih 30 peluang pekerjaan, dari high level sampai ke low level. Korang boleh scroll wall aku elok-elok. Berapa banyak iklan aku cari orang kerja. Aku tak boleh tengok orang menganggur. Dengan ada kerja, baru kau boleh hidup dengan baik.

Tadi, sahabat aku, ada lontarkan sikap “budak-budak jaman now” yang masuk kerja sehari then terus resign. Aku pun taktau apa yang dia stress sangat. First day, baru sesi perkenalan saja. Dia lelaki, yang ajar dia budak-budak perempuan je.

Macam-macam pandangan yang aku baca, ada yang pro-pekerja itu sebab mereka memang pekerja. Biasalah. Tapi kalau aku jadi majikan diorang, aku tau betapa toksiknya pekerja macam tu. Aku akan buang.

Kalau ada majikan yang kata aku salah, boleh pm aku, aku pass cv dia, kau ambiklah dia kerja. Aku nak tau apa nama company kau, berapa staff under kau. Berapa pula gaji dan benefit kau bagi.

Tapi apa yang kami cuba sampaikan adalah, di saat orang ramai bising takda kerja. Buang orang. Kena angkat bendera putih. Kami ambil inisiatif untuk create 1 lagi position. Position yang kalau takda pun takpa. Syarikat kami akan jalan macam biasa. Just untuk bagi peluang orang bekerja.

Masa interview cakap semua ok, serba boleh. Syarat-syarat semua setuju. Offer letter dah sign. Maka ijab dan qabul dah berlaku. Hari pertama, terus hilang. Dalam ramai-ramai yang interview, kenapa dia terpilih, sebab dia yang meyakinkan kami. Rupanya kami tertipu.

Satu saja nasihat aku dekat “anak muda jaman now”..

Jangan buang masa majikan, ketika interview atau dalam cv/resume cakap dan tulis siap-siap kehendak kau.

Contoh :
SAYA TIDAK AKAN BUAT KERJA MULTITASKING!
SAYA HANYA NAK BEKERJA 5 HARI SEMINGGU, 8 JAM SEHARI SAHAJA!
GAJI MINIMUM SAYA NAK RM4000. TAK BOLEH NEGO! TAKE IT OR LEAVE IT!

So, senang kami kaum majikan nak ambil ke tak korang kerja. Apa jadi pun, kami tetap jalankan perniagaan kami macam biasa. Kami akan terus mencari orang yang nak maju bersama kami.

Korang boleh tunggulah kalau ada majikan yang akan offer kerja macam kehendak korang. Ikut syarat-syarat korang. Ikut selera korang yang lembik dan sayur tu.

Yang komen lebih-lebih tu, aku nasihatkan juga, jadilah majikan. Buka syarikat, hire orang kerja. Then kau akan faham perasaan majikan macam kami yang sentiasa strive untuk anak-anak kapal kami hidup..

Tolong jangan report posting ni..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.