Ramai pula tanya aku kenapa Bella pakai baju Elsa? Aku difahamkan Bella sangat suka cerita Frozen. Bella juga nak jadi Elsa.
Sebenarnya, anak-anak syurga ini sebahagian hidupnya berada dalam dunianya sendiri. Kehidupan yang dia bayangkan sebagaimana apa yang dia tonton.
Ia penuh harapan, impian, keseronokan, dan kegembiraan. Itu sebab anak-anak syurga ini hakikatnya sangat penyayang, sangat lurus, dan sangat jujur.
Jiwa mereka penuh dengan kasih sayang dan kejujuran. Korang boleh lihat sendiri, anak syurga yang dipukul dan disepak terajang, tanyalah soalan,
“Sayang bonda?”
Dia akan jawab,
“Sayang..”
“Sayang kakak?”
“Sayang..”
Itulah hakikat psikologi mereka. Mungkin disebabkan soalan “sayang” itu telah lead kepada jawapan yang trigger jiwa mereka yang penyayang. Ya, mereka memang jujur.
Aku percaya jauh di sudut hati adik Bella, dia berharap dia menjadi Elsa. Ada super power, cantik, dan akhirnya disayangi. Yelah, ketika dia tinggal di kondo, dia cedera parah, diseksa dan dihina.
Sudah pasti impian dan harapan adik Bella ketika dibawa tinggal dengan Siti Bainun, dia mahukan keindahan, kasih sayang dan perhatian daripada mereka yang sudi menumpangkan kasih kepadanya.
Malangnya, ia telah menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Merasai kesakitan disiram air panas, dicili dan makan tahi. Tidak diberi makan dan minum, tidur di luar, kurus kering dan terpaksa cuba lari untuk minta air kepada jiran-jiran.
Maka dengan menjadi Elsa, mungkin Bella rasa kuat. Lagin pun dia juga makin sihat, tembam dan bertenaga. Ramai yang menyangka Bella tidak mampu memberi keterangan. Di pihak belah sana dengan yakin mengatakan budak cacat tu mana boleh bagi keterangan. Sungguh biadab!
Tetapi pakar-pakar yang merawatnya meyakinkan yang Bella boleh. Bella boleh. Bella boleh. Maka Bella telah diberi kepercayaan melawan Siti Bainun di dalam mahkamah di hadapan Tuan Hakim. Dengan kuasa Allah, Bella beraksi dengan cemerlang.
Bella telah memberi keterangan dan juga di-cross oleh peguambela-peguambela Siti Bainun yang sedang kelaparan mahu membaham adik Bella. Walaupun sebelum itu mereka memandang rendah terhadap kebolehan adik Bella untuk memberi keterangan.
Alhamdulillah! Allahuakbar!
Kami menerima khabar yang Bella dengn steady telah memberitahu apa yang telah berlaku kepada dia, siapa yang buat pun dia sebut dengan jelas nama orang itu. Air panas, cili, dan tahi juga disebut. Memang tak disangka-sangka. Padanlah DPP menangis seakan-akan terharu dan gembira.
Peguam pemerhati keluar dengan angkat jari menunjuk “good”. Dia kata,
“Bella perform very well!”
Dikhabarkan kepada kami yang Bella bersungguh-sungguh mahu menceritakan apa yang terjadi terhadapnya kepada Tuan Hakim. Pihak belah sana cuba bantah, seakan mahu mengganggu momentum Bella. Alhamdulillah, Tuan Hakim adil lagi bijaksana.
Diharapkan Tuan Hakim dapat memahami secara jelas, cubaan dan usaha adik Bella menyampaikan kesakitan dan usahanya untuk mendapatkan keadilan buat diri dia. Usahanya menceritakan derita yang dia lalui.
Tahniah Bella. Uncle bangga dengan awak!
Kalau Uncle takda atau dah mati nanti. Uncle percaya Bella dah boleh bela diri Bella sendiri lepas ini. Jangan lupa doakan Uncle tau. Walaupun Bella bukan anak Uncle, tapi Bella ialah godsister Uncle, Uncle ialah godbrother Bella.
Bella memang Elsa. Ada power mengumpulkan manusia-manusia terbaik dalam Malaysia. Membongkarkan skandal iceberg yang mana-mana parti dan orang politik taknak dan tak berani bersuara. Yang paling utama, Bella telah buka mata Uncle untuk faham kejahatan dunia ini yang Uncle tak tahu selama ini. Jika Elsa ada kuasa membekukan ice, Bella ada kuasa memusnahkan iceberg yang telah lama membeku di bawah dasar kebejatan setan.
Aku yakin, nama adik Bella akan terpahat dalam sejarah perjuangan membela nilai kemanusiaan yang ditindas oleh manusia-manusia berwajah setan di Malaysia. Perjuangan yang tidak disokong dan didukung oleh mana-mana politikus dan NGO berkepentingan. Baik kerajaan, mahupun pembangkang.
Bella, you are the real hero, and the legend!