APALAH SITI BAINUN SARAPAN YA PAGI NI?

A

Mungkin ada orang rindu nak makan breakfast di rumah Bainun kan? Resepi dia telur hangus (overcook) big breakfast style pendera.

Itulah, kalau sayang Bainun kenapa dia ditinggalkan beramai-ramai kan? Kalau rindu nak makan telur hangus kenapa tak bersama-sama sehingga saat akhir.

Kenapa tidak postpone kes lain, fokus untuk kes Bainun. Barulah tak jadi macam rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Dah disabitkan bersalah, kena penjara, masih tak move on. Kan?

Bila aku tengok telur hangus ini. Aku teringat apa yang Bainun pernah jawab. Apabila DPP bertanya,

“Setuju atau tidak luka atau kecederaan adik Bella itu serius?”

Bainun jawab,
“Tak setuju.”

Bila Bainun sanggup hidang telur hangus ini kepada tetamu dia. Aku rasa mungkin pada Bainun hangus ni level kuning telur pun hitam sekali. Untuk orang normal macam kita macam ni pun kita panggil hangus dah.

Aku berpandangan orang yang boleh kata telur hangus ini sedap pun mungkin tak kisah tengok luka adik Bella itu. Kerana padanya tidak serius. Serius itu mungkin sampai ke tulang barangkali.

Apa pun Bainun telah selamat ke penjara walaupun peguam dia kata orang berbadan besar tak sesuai dipenjara dan penjara sudah penuh.

Kalau penjara kena selesa, ikut tekak dia, hantar ke rumah Zahid Hamidi jela. Nasiblah Zahid dah kata dia tak kenal Bainun dan minta Bella mesti dibela.

Apa pun, semalam kawan aku tanya, apalah jadi dengan sahabat kita si Lebai Daiyus tu malam semalam? Aku harap dia tak kena pukul dengan bini dia lah.

Sedih tau tengok laki kena maki dengan bini! Ini pula kena pukul.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.