APAM KERING DAN APAM BASAH – NORMALISASI BAHASA LUCAH YANG MENGHINA WANITA OLEH SEORANG LEBAI!

A

Lebai Maszlee ialah seorang ustaz. Dia graduan fiqh dan usul fiqh dari negara Jordan. Dia menyambung pengajian master dalam bidang yang sama di Universiti Malaya dan PhD sains politik di Durham.

Sebagai seorang ustaz, dia aktif mengajar agama setelah pulang dari Jordan. Lebai ini juga merupakan orang kuat pertubuhan IKRAM dan juga mantan ahli majlis fatwa negeri Perlis. Selain itu dia juga mantan presiden UIA dan menteri pendidikan.

Setelah Tun M buang dia daripada menjadi menteri, dia kelihatan hilang arah. Bermula dengan dereten kenyataan menunggang agama, kemudian kalah di PRN dan PRU. Hari ini, kerana takda job, dia pilih menjadi pelakon.

Semalam, tiba-tiba aku ditunjukkan sedutan lakonan lebai itu yang berkata lucah dan kotor. Lebih menjijikkan, apabila terkenang dia ini seorang ahli agama, bekas ahli majlis fatwa, menteri pendidikan dan ayatolla usrah IKRAM.

Islam versi apakah yang Maszlee ingin tunjukkan sebagai seorang yang kononnya seorang ahli agama yang baik dan progresif?

Pendidikan apakah yang dia hendak sampaikan dengan kesanggupan menghina wanita dengan perumpamaan dengan apam kering dan apam basah.

Adakah pendidikan holistik termasuk perbuatan normalisasi double meaning lucah dalam bentuk lakonan itu dibenarkan dan diangkap sebagai karya seni?

Takpa, mari kita menelusuri apa kata kitab suci agama kita tentang hal tersebut..

Firman Allah SWT:
‎مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
“Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf : 18)

Manakala kata Nabi SAW pula,‎
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيراً أو ليصمت
Maksudnya: Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata-kata yang baik ataupun diam.
[HR Bukhari (6475)]

Kata para ulama’, kedua-dua dalil Quran dan Sunnah di atas bersifat terbuka. Sama ada bergurau atau serius Kedua-duanya tidak dibenarkan.

Hal ini disokong dengan sabdaan Nabi SAW yang mencela mereka yang suka berkata lucah.
ليس المؤمن بالطعان, ولا اللعان, ولا الفاحش, ولا البذيء
“Seseorang yang beriman itu bukanlah daripada golongan yang suka mengaibkan orang lain, bukan daripada golongan yang melaknat orang lain, bukan daripada golongan yang suka mencarut, dan bukan juga daripada golongan yang suka yang suka berkata-kata keji dan buruk.”
[HR Tirmizi: 1977]

Kata Imam Ahnaf bin Qais,
جنبوا مجالسنا ذكر النساء والطعام, إني أبغض الرجل يكون وصافا لفرجه وبطنه
“Elakkan majlis (perkumpulan) sesama kita daripada berbicara mengenai perempuan dan makanan. Sesungguhnya aku benci akan lelaki yang asyik berbicara mengenai seks dan keperluan perutnya.”
[Siyar A’lam al-Nubala’: m/s 64]

Imam al-San’ani rah. mengatakan di dalam syarah kitab Bulughul Maram bahawa perkataan-perkataan yang bersifat keras, carutan dan provokatif adalah haram sama ada dalam bilangan yang banyak mahupun sedikit. Hadis di atas (riwayat Tirzmizi) juga memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa melaknat dan mencarut bukan daripada sifat seorang Mukmin yang sempurna imannya, namun larangan ini terkecuali kepada laknat ke atas orang kafir, laknat ke atas peminum arak dan juga kepada sesiapa yang dilaknat oleh Allah dan rasulnya.
[Subulus Salam: 4/360]

Kejijikan dan kesanggupan Lebai Maszlee melakonkan dan berkata lucah seperti itu teringatkan aku tentang janji PRU dahulu. Maka, aku tidak pelik lebai ini boleh jadi sejijik ini. Apa nak pelik? Menipu dan mungkir janji kan sifat orang munafik. Apalah sangat nak menyebut apam kering dan apam basah.

Kan?

😜

ps : Apa khabar #TaikLebaiMaszlee? Pakcik, makcik..

https://www.facebook.com/watch/?v=867812274520446

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.