AQIQAH/QURBAN DI TANAH HARAM?

A

IDEA LEBAI KAPITALIS OPPORTUNIST YANG SANGAT LICIK!

Kenapa kau nak buat qurban dan aqiqah di sana? Itu persoalan aku. Adakah di Malaysia ini sudah kehabisan asnaf?

Tahukah korang kerajaan Saudi itu super kaya raya yang tak perlu kau nak bantu orang miskin di sana.

Adakh kambing di Mekah lebih barakah? Sembelih di sana lebih pahala? Siapa kata? Yang aku pasti sunnahnya adalah kau sendiri sembelih, sendiri jamah sedikit dan sendiri agihkan kepada mereka yang berdekatan dan asnaf yang memerlukan. Itu lebih afdhal yang ditunjukkan oleh Nabi, para sahabat dan salaful ummah.

Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan,

وسبيلها في الأكل والهدية والصدقة سبيلها ـ يعني سبيل العقيقة كسبيل الأضحية. وبهذا قال الشافعي .

وقال ابن سيرين : اصنع بلحمها كيف شئت

Aturan dalam aqiqah, seperti hukum makan, dihadiahkan dan disedekahkan, sama seperti aturan qurban, aturan aqiqah sama seperti aturan qurban. Ini yang dinyatakan as-Syafi’i. Ibnu Sirin mengatakan, “Uruskan dagingnya sesuai yang anda inginkan.”

والأشبه قياسها على الأضحية لأنها نسيكة مشروعة غير واجبة فأشبهت الأضحية ولأنها أشبهتها في صفاتها وسنها وقدرها وشروطها فأشبهتها في مصرفها

Yang paling dekat, aqiqah diqiyaskan dengan qurban. Kerana aqiqah adalah ibadah yang disyariatkan dan hukumnya tidak wajib, sehingga sama seperti qurban. Aqiqah sama seperti qurban untuk kriteria haiwan, usianya, batasannya, dan syarat-syaratnya, sehingga cara pembahagiannya juga sama seperti qurban. (al-Mughni, 9/463).

Bagaimana pembahagiannya?

Dari Jabir RA, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban:

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا

Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua MAKAN dagingnya dan minum kuahnya.

Hadith riwayat Muslim: (1218)

Menurut mazhab Syafi’i,

Disunatkan untuk orang yang melakukan korban untuk mengambil 1/3 daripada daging korban tersebut untuk diri sendiri dan menyedekahkan 2/3 daripada bakinya kepada golongan fakir miskin.

Atau, orang yang melakukan korban mengambil 1/3 daripada daging korban, dan mengagihkan 1/3 baki daripadanya kepada golongan fakir miskin, serta 1/3 lagi daripadanya diberikan sebagai hadiah kepada golongan kaya (seperti saudara-mara atau jiran-tetangga). Dalam hal ini, memberi sedekah kepada 2/3 kepada golongan miskin lebih afdhal daripada memberi hadiah kepada golongan kaya.

Namun cara yang afdhal ialah, seseorang yang melakukan korban tersebut menyedekahkan keseluruhan daripada daging korban dan memakan sedikit sahaja daripadanya sebagai sekadar mengambil berkat. Hal ini kerana menyedekahkan keseluruhan daging tersebut merupakan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menjauhkan diri daripada sikap mementingkan diri sendiri.

Manakala, memakan sedikit daripada daging tersebut sebagai beramal dengan zahir ayat al-Quran dan mengikut sunnah yang dilakukan oleh Nabi SAW. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)

Kalaulah asnaf di Malaysia sudah kenyang perut mereka sepanjang tahun, maka mungkin kita boleh fikirkan untuk export sembelihan korban dan aqiqah kita. Yang pasti tiada apa-apa kelebihan kau buat di Mekah kerana ibadah tersebut bersifat “syiar dan localize”. Kalau dah buat kat negara orang, celah mana syiarnya? Di mana kau nak medekatkan diri kau dengan orang susah di Malaysia (localize)?

Ada yang kata lebih murah? Nak murah lagi buat kat Australia, seekor kambong AUD45 bersih, siap potong lagi! PM aku, aku adjust!

Aku tengah terfikir nak adjust dengan kerajaan Saudi untuk buat hospital wanita dan kanak-kanak di Mekah. Supaya orang Malaysia boleh melahirkan anak di sana. Lahir di Mekah kan lebih barakah.

Tapi Abu Jahal dengan Abu Lahab pun lahir di Mekah juga kan?

Siapa nak join start-up lahir di Mekah ini!

#HAILB40!
#LEBAIKAPITALIS
#JualAgama
#TunggangAgama

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.