Mengikut perlembagaan, hanya AG mempunyai kuasa mendakwa setelah pihak berkuasa eksekutif seperti PDRM, SPRM dan lain-lain melakukan siasatan. Jadi bidang kuasa pendakwaan itu hanya ada pada AGC.
Kadang-kadang anggota siasatan dan beriya-iya buat kerja, dah kumpul bukti dan dah dapatkan saksi, tetapi ia tidak didakwa oleh DPP dari AGC. Hairan bukan? Pelik? Tak pelik pun. Setiap orang ada harganya. Kalau takda harga, mana mungkin ada DPP ditangkap SPRM?
Ohya, sebelum terlupa. Korang masih ingat Tommy Thommas membatalkan pendakwaan kes rasuah banglo Lim Guan Eng yang sedang berjalan. Power tak AG? Sedangkan anggota SPRM dah buat kerja cari bukti dan saksi sampai layak untuk dicharge. Tommy masuk, dia tarik je balik. Tommy ialah peguam Lim Guan Eng sebelum ini.
Aku tak setujulah kalau korang nak mengata dekat pihak siasatan saja. AGC ni pun port juga. Menurut laporan media, kes Bella telah dihantar ke AGC, tunggu DPP je nak charge. Dah lebih 40 hari selepas laporan polis dibuat. Masih tiada apa-apa dakwaan.
Pelik kan? Harap DPP kes adik Bella tiada harga untuk dibeli lah. Tapi awat lama sangat?