BAGAIMANA NAK FAHAMKAN #TAIKRAFIZI?

B

Semalam, aku dah bagi analogi pasal bukti ke atas dakwaan. Hari ni aku nak kasi satu contoh live dalam hidup aku.

Dulu, masa aku berperang dengan Pengiran Luqmanul Hakim Bolkiah, aku pertikaikan dakwaan dia yang dia anak angkat Sultan Brunei. Korang tau apa dia jawab?

Dia jawab,
“Itu korang kena tanyalah Sultan Brunei la sendiri. Kalau korang tak percaya, buktikanlah dakwaan aku ni salah.”

Masa tu, macai-macai dia siap cakap apa?

“Selagi Sultan Brunei atau Istana tidak keluarkan apa-apa kenyataan, maknanya betul la. So, korang kena tanyalah Istana Brunei dan Sultan Brunei sendiri..”

Ada juga yang kata,
“Selagi pengiran tidak ditangkap polis, didakwa dan didapati bersalah oleh mahkamah, tak boleh kata dakwaan yang dia anak angkat Sultan Brunei itu palsu!”

Aku masa tu rasa benak betul orang yang boleh terima argument si Pinggiran tu. Tapi semalam bila Fdaus Ahmad pertikai gaji Rafizi RM25k pada usia 27tahun di Petronas, ada pula yang cakap,

“Kau kenalah tanya Petronas, kalau Petronas tak nafikan, maka betul la kot..”

Walhal kaedah sivil dan Islam dengan jelas menekankan yang orang yang mendakwa kena membuktikan kebenaran dakwaannya. Sepatutnya Rafizi lah kena buktikan dakwaannya dengan menunjukkan dokumen yang boleh menyokong dakwaannya. Simple!

Kalau kaedah #TaikRafizi ini diguna pakai, maka banyak kejadian pelik bakal berlaku. Contohnya, seorang scammer mengaku pernah bekerja dengan Affin Hwang, Google atau Microsoft datang interview dengan kau untuk bekerja dengan syarikat kau.

Semasa interview, kau tanya dia,
“Apa bukti awak pernah bekerja dengan Affin Hwang, Google atau Microsoft?”

Dia jawab,
“Tuan, kalau Affin Hwang, Google atau Microsoft tidak menafikan, maka ia betul la tuan. Tuan nak saya buat SD ke? Saya boleh buat SD..”

Begitu juga ketika Azizan Osman claim dia ada PhD daripada UM dulu, pun ada suara-suara bebal yang kata Azizan Osman tak kena tangkap pun, maka Azizan Osman tidak boleh dipanggil menipu.

Begitulah ceritanya..
Nak lagi aku bagi contoh?
Ah, sudahlah! Kalau dah #Taik tu, #Taik lah!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.