BARANG BAIK NAK BEST BEFORE!!!

B

Dulu masa tinggal di Australia, sebagai perantau especially masa student, every cent counts. Antara cara survival aku adalah membeli barangan best before, expired dan almost best before. Kalau sushi dan roasted chicken, aku standby sebelum kedai tutup.

Bila dia announce half price, aku sudah standby. Dia announce je 70% off. Maka aku akan mara dengan penuh keyakinan! Kalau bernasib baik, free!

Kalau di Australia tu ada kedai jual barangan best before dan expired. Memang port favourite aku kalau nak makan brand-brand popular. Contoh nak makan ice cream Magnum, aku beli Magnum expired. Nak beli Cornetto, aku beli Cornetto expired.

Masa tu, aku beli dan makan apa-apa makanan yang dah sampai expiry atau best before selagi ia tidak bertukar bau, warna dan rasa! Haha! Steady! Nak hidup boh!

Tambahan pula, seorang sahabat yang buat food science memberikan tazkiah kepada aku yang sebenarnya barang best before ni boleh pakai lagi selepas 6 bulan. Dibuat awal sebab safety tolerance. Siap diajar aku simpan dalam peti ais.

Alhamdulillah. Sepanjang aku tinggal di Australia, aku tak pernah kena cirit birit dan keracunan makanan walaupun kerap makan makanan best before dan telah expired.

Lotus Biscoff Topping ni, sahabat aku dari UK supply ke IFMAL. Rilex, dia budak private. Belajar dulu guna duit Tokwan dia, jadi bukan pengkhianat. Barang baik ni. Rare dekat Malaysia tau!

Malang nasib dia masa dia nak ship ke Malaysia, MCO di seluruh dunia, jadi kapal dia delay hampir 5 bulan. Di port sana delay, port sini pun delay. Bila sampai, tengok-tengok dah hampir sampai ke tarikh best before.

Lepas bincang dengan dia. Dia suruh lelong je at lelong price. Maka kami decide untuk dilelong dengan harga :
1x botol RM30
2x botol RM50

Harga asal RM50 sebotol tau!!!
Korang boleh dapatkan di Ifmal, Ifmal Bangi dan Ifmal Melawati.

Picit sini untuk beli online :
https://ifmal.com/…/lotus-speculoos-topping-1kg-v-uk/…

Siapa yang semazhab dengan aku atau memang hantu Biscoff, bolehlah beli. Barang baik boh. Sedap amat. Toping atas ice cream, coffee, cake dan macam-macam lagi.

Kalau dah beli, lepas buka. Terus simpan dalam peti ais tau. Biar sejuk, baru tahan lama.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.