Inilah kalam-kalam “poyo” yang disebut-sebut oleh penjilat-penjilat Lembaga dan mereka-mereka bukan dari golongan peniaga. Mereka yang tidak pernah melalui kebajingan melayan Lembaga dan Hatu, Syaitan dan Toyol.
Mari kita sama-sama ulangkaji tentang syarat membayar zakat. Semua orang maklum dan dah maaruf tentang 2.5*% apabila cukup haul dan nisab.
Betul?
Cukup haul iaitu cukup syarat satu tahun, cukup nisab iaitu cukup syarat minimum keuntungan*.
Setuju?
Zakat sama je dengan cukai iaitu ada personal, ada business.
Cukai personal kita dipaksa bayar secara advance melalui skim PCB kalah makan gaji dan lebih RM3,5000. Kalau tak bayar, kena penalti. Company kena, kau pun kena kalau kerja sendiri.
Let say kau kena bayar cukai PCB sebulan RM1,000, maka setahun kau akan bayar RM12,000. Betul? Kalau kau company, kau kena hirelah admin atau accountant untuk uruskan. Peniaga SMe baru start mana ada semua ni, itu yang Lembaga gagal faham.
Untuk memastikan kau tak bayar cukai walau sesen pun, kau kena bayar juga zakat setiap bulan RM1,000 dan make sure masa kau declare, Lembaga tak suruh kau tambah. Takda kena kurang bayar cukai. Kena tambah lagi.
Hal inilah yang membeban tax payer. Gaji dah kena tolak PCB, nak kena bayar sama banyak untuk pastikan dapat full refund. Atau, pada hujung tahun, kau bayar zakat seketul dengan anggaran cukai kau. Cukai kau kena submit lepas satu tahun habis, zakat sebelum satu tahun cukup kau kena bayar dah. Korang rasa fair ke?
Dahlah kau kena bayar sebelum tutup tahun, so sebenarnya kau bayar sebelum cukup haul dan nisab. Inilah kenapa panel syariah kena wujud. Kalau benar LHDN benar-benar nak galakkan orang Islam bayar zakat, sepatutnya allow PCB terus dipindah kepada zakat. Bukan kena buat double pay dan kemudian minta refund. Kawan aku cerita, kalau kau minta je refund, diorang akan saja kacau kau, test kau minta dokumen supaya menyusahkan hidup kau. Buat kau malas minta refund.
Itu cukai dan zakat personal. Kalau cukai dan zakat company, lain pula cerita dia.
Cukai company pula, kau kena buat forecast siap-siap berapa kau untung tahun ini untuk bayar bulan-bulan berapa. Dia panggil CP204. Kalau kau untung lebih daripada forecast, LHDN tak happy walaupun sepatutnya dia happylah kau akan bayar cukai banyak. Tidak. Mereka akan penalti konon kau tipu forecast. Cilaka tak undang-undang ini?
Masa kau nak bayar cukai pun sama. Kau kena tutup account dulu. Kalau cukai kau tutup account dulu, kira untung rugi, baru bayar cukai kan, topup atau refund. Untuk zakat tidak. Kau kena bayar sebelum tahu untung sebenar kau.
Untuk company, kau tak boleh buat macam personal. Limit kau hanya 2.5%. Kau jangan menggatal bayar zakat lebih, kerana amount itu akan dianggap 2.5% daripada profit sebenar kau. Contoh, profit kau dalam RM100k, 2.5% kau kena bayar zakat RM2,500. Tapi kau nak bayar RM5,000 zakat. So, lembaga jahat akan assume 2.5% = RM5,000, so profit kau diorang akan consider RM200,000. Ada member aku pernah kena kacau kes ni.
Clear?
Itu sebablah aku meluat ada puak-puak yang gebang kencang konon bayar zakat boleh solve isu Lembaga ni. Sebenarnya tak. Nak solve isu Lembaga ini adalah dengan wujudnya panel penasihat syariah yang menjaga maslahah negara dan juga rakyat. Bukan maslahah negara dan perut lembaga saja.
Adakah adil rakyat dan tax payer makan di gerai, lembaga dan menteri makan di hotel? Ini maslahah negara?
Ps : Gang bayar zakat share sikit slip/receipt/cheque bayar zakat korang tengok. Aku terpaksa bayar sekarang walaupun tak cukup haul dan nisab. Sikit je nak banding dengan korang yang bayar zakat sampai takyah bayar cukai kan? Aku anak Perlis, kita support negeri Perlis. Nanti aku nak jadi YB Padang Besar senang Raja Perlis support aku nanti.
Update : Aku dengar ada skim zakat yang boleh “void” pcb. Kasi aku explore dan buat dulu. Kalau betul, aku akan kempen Muslim zero personal tax to LHDN.