Ini video peguam Siti Bainun yang telah menarik diri di saat akhir. Video ini diberikan oleh Firdaus Ashaj, kata Fir,
“Bagus gopren kau ni Lep.. Cuma alangkah baiknya dia reflex perasaannya terhadap adik Bella..”
Aku telah menonton video ini berkali-kali. Sebak dada aku mendengar kisahnya menjadi majistret yang terpaksa menjatuhkan hukuman terhadap seorang remaja yang terpaksa mencuri. Bagus content yang dia buat.
Begitulah juga perasaan kami ketika melihat adik Bella yang sangat sengsara tanpa pembelaan. Kurus kering ketika dia dijumpai macam anak Congo. Dengan luka dan parut yang sangat dahsyat. Tidak juga dibawa ke hospital untuk menerima rawatan yang sepatutnya!
Mana tak menitis air mata ramai orang untuk bangkit melawan kezaliman ini. Aku juga terpaksa ke depan apabila melihat dan mendengar siasatan tidak dijalan dengan baik.
Sebagai seorang majistret, ia perkara biasalah. Memang dia dibayar gaji untuk buat kerja itu. Manakala kami, bangkit melawan bukan dibayar sesiapa. Apa kami dapat?
Dapat legal fee?
Dapat network politik Siti Bainun?
Dapat bayaran media Siti Bainun?
Dapat tidur rumah Siti Bainun?
Dapat makan telur hangus diploma kulinari?
Dapat Honda daripada Siti Bainun?
Langsung tak dapat apa.
Yang aku kena adalah, aku disiasat polis, aku dikomital, dan aku disaman. Berhabis duit sana sini. Apa yang aku untung? Di dunia ini aku kerugian. Harap di akhirnya aku dapatkan menyemai keuntungan yang aku telah laburkan.
Aku bukan macam politikus PPIM yang kalah dengan hina sehingga hilang deposit, tiada kerja tetap. Aku ini ada kerja, ada kerjaya, ada perniagaan dan ada banyak tanggungjawab lain. Aku pun taktau kenapa aku involve dengan kes adik Bella ini.
Yang aku ingat apabila Puan Mona Din cari aku minta bantuan aku. Setelah video dan laporan polis aku dapat. Mendengar Si Pendera masih bebas. Aku terus buat keputusan,
“I am in..”
Kemudian aku merekrut beberapa sahabat, antaranya Mahmud Jumaat, Izrul ZA, Haziq DSubhi, dan Muhamad Harris Nasril. The rest is history.
Cuma, apa yang aku boleh cakap. Kes adik Bella ini hanyalah A TIP OF AN ICEBERG! Masih banyak isu-isu lain di belakangnya.
Antaranya, daripada mana Siti Bainun mendapat kekayaannya, kes kematian beberapa baby di Rumah Bonda yang masih misteri, baby-baby yang lahir di Rumah Bonda ke mana, dan laporan-laporan penderaan penghuni Rumah Bonda yang tidak disiasat.
Itu sebab TMJ ada memberikan tamparan persoalan tentang kekayaan Siti Bainun, tentang human trafficking dan penggubahan wang haram.
Begitulah hidup kita ini. Kita mungkin boleh bersedih dan buat content untuk selective empathy, dalam masa yang sama kita memilih untuk bersama-sama dengan orang yang tiada empathy yang telah mendera, mencederakan dan mengabaikan seorang anak bernama..
BELLA..
#JusticeForBella