BELLA BUKAN DIDERALAH POLIS!

B

Haha!

Sebenarnya, aku memang dah agak yang Siti Bainun takkan didakwa atas penderaan. Aku dah bagitau kat kawan-kawan dari awal lagi.

Sebab dari awal kes ini direport sudah ada kejadian-kejadian pelik yang seoalah-olah tidak mahu dicharge dengan penderaan. Firasat aku nyata benar.

Sebab itulah aku cuba sedaya upaya membela nasib adik Bella, seorang kanak-kanak yang OKU lagi sebatang kara yang tidak mampu bersuara dengan cuba menambahbaik saksi dan bukti.

Siapa nak percaya pihak pendakwaan yang Bella tidak didera terserahlah. Sebagaimana siapa nak percaya peguam negara Apandi kata Najib takda kes dulu. Anwar tumbung diri sendiri.

Nak percaya Tommy Thomas batalkan pendakwaan skandal rasuah banglo Lim Guan Eng sebagai takda kes, pendakwa tak charge Neelofa cross border tapi hanya tak pakai mask.

Apa lagi? Kes video Azmin diNFAkan. Maksudnya Azmin clean walaupun video HD? Dan banyak perkara lagilah. Bukanlah aku tak percaya pendakwa, tapi aku faham kadang-kadang adalah benda yang berlaku. Pendakwaan pun bukanlah maksum kan?

Anyway, walaupun penganiayaan, tapi still under seksyen yang sama. Jangan risau, masih boleh buat appeal terhadap pendakwaan. Aku dengar ada beberapa pihak akan buat appeal kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Jadi, siapa nak percaya adik Bella tidak didera? Terserahlah..

#JusticeForBella
#Justice4Bella.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.