BENARKAH DIA HACKER YANG HEBAT?

B

(siapa yang bukan friend nak komen, boleh tag diri sendiri, aku akan approve.)

Hari ini terbit artikel komentar dari Aman Shah, seorang lagenda yang telah menjadi jutawan kerana “menyamun” wang dari bank tempat dia bekerja.

Dulu, aku anggap dia handal. Aku anggap dia terer. Tapi, setelah aku dewasa, lebih matang, hari ini aku rasa dia biasa-biasa je, tak terer mana dan tidak cerdik pun. Itu pandangan aku. Siapa tak setuju, dia punya pasal.

Kalau dia terer, dia tak kena tangkap. Kena sumbat dalam penjara. Kalau dia cerdik, dia tak tertangkap. Kalau dia benar-benar handal, dia hack dari luar. Bukan dari dalam. Hack bank lain, bukan bank tempat dia kerja. Kata semua bank sama dan senang nak hack.

Pada aku, dia bukan hacker pun. Dia hanya pecah amanah. Dia ialah orang yang jaga system. Maka dia boleh manipulate system. Zaman dulu pula kan. Pastilah banyak flaws dan kelemahan yang dia boleh ambil kesempatan.

Macam server admin lah, orang yang ada access ke server, dialah orang yang diamanahkan menjaga server. Kalau dia nak buat khianat, dia boleh buat perangai.

Nak kata server admin terer? Tak. Dia internal. Dia ada access masuk. Kalau yang masuk dari luar tu, barulah terer, barulah power. Yang terer lagi, tak tertangkap, baru power!

Adakah Aman Shah itu hacker. Entah. Taktau. Kalau tengok kes dia, lebih kepada kes pecah amanah. Macam accountant kau curi duit company kau, programmer kau masuk dalam server kau buat onar.

Diorang terer ke? Diorang hacker ke? Tak pun. Diorang hanyalah sampah yang pecah amanah. Tak hack apa pun, diorang ada access yang boleh digunakan untuk manipulate system yang diorang jaga.

Apa yang dia komen dalam Utusan Digital itu, ada yang benar ada yang tidak benar. Nampak macam dia nak syok sendiri. Untuk budak-budak noob yang tak biasa bermain dengan system, mereka rasa macam wow!

Walhal takda apa yang hebat pun. Takda apa yang boleh dia buktikan dengan dakwaan dia. Dia kata dia boleh hack even sekarang. Dia kata bro. Mari kita panggil dia buat live hacking depan kita. Boleh buat cara white hat, takut apa kan. Kalau betul terer, prove it!

Orang yang ada sejarah pecah amanah nak dijadikan hero atau ikon?
Entahlah..

😜

Mengenai penulis

1 komen

Tinggalkan Balasan kepada Mohammad azmie Batal balasan

  • Mohammad azmie ahmad
    Ni fb saya tuan.. saya terpegun dengan lontaran dan pandangan tuan Di fb.. sudikah kiranya friend request saya diterima? Banyak benda nak belajar dan banyak yang belum saya ketahui 😅

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.