BENARKAH ERFAN MILIKI PERNIAGAAN PERLOMBONGAN EMAS?

B

Aku bila dengar orang mengaku ada lombong emas ni, terus aku red flag. #MindaSkeptikal turn on. Setakat yang aku jumpa orang mengaku ada lombong emas ni, semuanya tak valid, scam dan cerita kosong.

Ada lombong dekat Afrika lah, Papua lah, Indonesia lah, Bhutan lah, Kazakhtan lah. At the end, semua gebang je. Setakat yang aku tahu, tauke lombong emas, kilang emas, kalau boleh taknak kasitau pun. Bahaya kot. Betul tak?

Tapi takpa, since si Erfan ni kata nak beli Kelantan FC dengan harga RM10 juta. Aku pun checklah SSM dia dulu di www.interepo.com. Aku mendapati SSM dia pun dah expired. Itu pun sole prop, bukannya Sdn. Bhd. Jutawan mende ni?

Tapi takpa, aku teruskan dengan SCRUT ANALytica. Terjumpa 3 lagi entiti sole prop juga yang orang Malaysia panggil “enterprise”. Takpalah, kalau benar dia ada duit banyak nak bayar 10 juta tu, apa kata dia tunjukkan proof of fund. Mungkin Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia boleh sahkan?

Budaya menggoreng keluar statement untuk naikkan value sesuatu company ni dah habis since masyarakat dah makin bijak dengan budaya #SCRUTdulu, #MindaSkeptikal dan #EvidenceBased. Betul tak? Korang percaya ke cerita tu?

Aku hairan, itu hari Zamsaham kata value TRW dah 30 juta kalau tak silap. Nak IPO bagai. Tapi kenapa nak jual cheap-cheap? Oh anyway, si Mohamad Erfan Akif bin Roslan ni lahir tahun 1995. Masih muda lagi.

Jika ditanya aku adakah berita ini benar? Jawab aku, ini semua sembang kosong nak goreng harga je selepas masalah-masalah tak bayar gaji dan epf dan socso telah dikeluarkan oleh beberapa pemain pasukan TRW dan bekas jurulatih.

Siapa nak percaya drama ini. Silakan!
All the best!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.