BENARKAH FILEM EVA MEMENANGI ANUGERAH DI CANNES?

B

Minggu lalu, seorang rakan yang juga seorang peguam bertanya kepada aku seraya mengucap tahniah, katanya,

“Bang, tahniah bang, gopren abang menang award dekat Cannes! Filem Eva..”

Aku terpinga-pinga macam orang baru kena cium dengan awek hot secara tiba-tiba. Aku balas,

“Apa mende kau ni?”

Dia pun menunjukkan pautan akhbar yang menceritakan tentang hal tersebut. Rupanya filem yang kesemua peguam-peguam dan penyokong Siti Bainun pergi ramai-ramai masa preview itu hari.

Aku mula-mula rasa tak kisah pun. Apa nak pelik, memang dah jadi trend orang jual award ni. Asal kau submit dan bayar je. Pada aku, menang award apa pun tidak menjadikan sikap mereka yang menarik diri di saat akhir adalah tidak profesional dan ia seakan melambatkan proses adik Bella mendapatkan keadilan.

Cumanya semalam, aku lepak dengan seorang pelakon, penerbit, penulis skrip dan pengarah filem yang pernah menang award di FFM. Aku pun tanyalah dia,

“Bro, betul ke menang dekat Cannes ni..”

Dia baca-baca, then dia tergelak. Dia kata,
“Entahlah bro. Yang aku tau anugerah yang power Academy Award yang dapat Oscar tu. Yang lain aku taktau. Lagi pun zaman ni, banyak dah pihak jual award-award ni. Cuma Cannes ni aku tak pastilah. Tak silap aku Cannes ni festival filem. Nama award dia pun Palme D’Or.”

Terus #MindaSkeptikal aku turn on! Nak kena cari kebenaran ni.

Let’s SCRUT for the TRUTH!

Balik-balik aku buat kajian dan aku mendapati Cannes yang asal atau yang sebenar adalah Festival De Cannes atau Cannes Film Festival yang diasaskan tahun 1946 di France. Sebaris dengannya adalah Venice Film Festival, Berlin Film Festival, Toronto International Film Festival di Canada, dan Sundance Film Festival di USA. Alamat web mereka adalah https://festival-cannes.com/en/.

Rujuk : Gambar terakhir.
Setel!

Maka aku terus rujuk poster dan pautan akhbar yang menyatakan filem Eva memenangi award di Cannes semula. Di dalam akhbar memang menyebutkan “Festival Filem Cannes”. Tetapi, di dalam poster pula tertulis, “Cannes World Film Festival – Remember The Future”.

Bila aku tengok poster kemenangan Eva itu, aku lihat logonya lain daripada yang Cannes sebenar. Url web mereka juga lain. Url mereka adalah https://www.cannesworldfilmfestival.com/. Nama macam sama kerana menggunakan branding seakan sama tetapi ia sebenarnya lain.

Aku terus menganalisis url web 2 entiti tersebut.
1. Festival-Cannes.com – Ia dengan jelas menunjukkan ia milik Fastival De Cannes yang telah didaftar pada tahun 1999 ketika zaman dot com sedang rancak bermula.

2. CannesWorldFilmFestival.com – Ia baru saja didaftarkan pada tahun 2020 dan ia menyorokkan entiti pemilik sebenarnya.

Dalam dunia digital. Mana-mana web yang menyorokkan entiti pemiliknya kita boleh letak red alert yang ia mungkin web phishing, spoof atau scam. Maka selesailah untuk hal legitimasi tentang web.

Aku simpulkan. Cannes De Festival atau Festival Filem Cannes tiada kena mengena dengan kemenangan filem Eva. Filem Eva tidak memenangi anugerah di Cannes. Ia memenangi anugerah di Cannes lain.

Dalam portal The Vibes juga ada memberi komentar tentang hal ini. Aku quote, kata mereka salah satu cara sendikit jual award filem ini adalah menjual nama bandar besar yang mengadakan festival filem yang berprestij.

“Every renowned city often has their own film festival. These syndicates will usually include these notable locations in their festival names to look prestigious. With this, many will be deceived and become victims. Make sure you double check that the festival is authentic and in fact, exists.”

Rujuk : https://www.thevibes.com/…/how-to-spot-a-phony-film…

Untuk apa anugerah Cannes World Film Festival – Remember the Future menggunakan nama Cannes Festival seakan-akan sama dengan Cannes Film Festival yang berprestij itu sehingga laporan di dada akhbar tempatan juga menulis (mungkin menyangka) ia anugerah daripada Cannes Film Festival yang asli. Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Maka, dengan ini aku mengesahkan filem Eva tidak memenangi anugerah di Cannes! Bukan di Festival Filem di Cannes yang berprestij itu. Tetapi filem Eva memenangi anugerah di Cannes World Film Festival – Remember the Future yang tiada kena mengena dengan Festival De Cannes di France itu.

Sekian.

ps : Hati-hati dengan pelbagai anugerah. Zaman ini banyak business jual award. Kita rakyat marhaen kena bijak menapis dan jangan cepat sangat teruja.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.