BENARKAH KURSUS KAHWIN TIDAK AJAR HAK ISTERI DAN BAB EXIT PERKAHWINAN?

B

Aku dapat pelepasan daripada mengikuti kursus kahwin sebab aku ada STAM. Itu pun selepas aku bertekak dengan pengarah jabatan agama di sebuah daerah.

Aku tanya dia, apa syarat pelepasan, dia kata kena ada 4 sanawi. Hari ini kira STAM lah. Zaman dulu 4 sanawi ni dah boleh jadi ustaz dan qadi tau! Anyway, aku dapatlah perlepasan.

Aku daripada dulu beranggapan yang kursus kahwin ni hanyalah business. Business yang orang majlis/jabatan agama kasi dekat kroni-kroni dia untuk jadi kaya.

Mana tidaknya, business seminggu sekali, 1 kepala RM100, kalau 100 orang 1 sesi, dah RM10k, 4x seminggu RM40k. Tolak kos, mungkin bersih RM20k sebulan.

It’s a good and confirm business! Aku tak pernah dengar orang dapat job ni mengeluh jadi miskin lepas mula business kursus kahwin. Dan pastinya nak dapat job ni kena jadi kroni puak tulah.

Selama ni, aku dengar kawan-kawan aku cerita banyak melawak, double meaning, dan tak komprehensif pun. Itu sebab lepas pergi kursus kahwin pun, macam taktau mende je.

Itu yang aku punya member pernah cakap,
“kita pergi kursus kahwin bro. So, sembang pasal kahwinlah. Bukan kursus cerai.”

Walaupun pada aku ia usaha pengurusan agama negara nak mendidik masyarakat Islam, tapi aku rasa tidak berapa berjaya sebenarnya.

Yelah, lebih-lebih lagi ia dibayar dengan keterpaksaan oleh masyarakat Islam. Lainlah free. Betul tak? Ke ada tempat buat free? Kalau tak buat, tak boleh kahwin kan?

Aku taktau lebih dan taknak komen lebih. Cumanya orang yang pergi kursus kahwin yang jumpa aku pun, nampak macam tak faham betul tentang fiqh rumah tangga ni.

Aku minta korang yang pergi kursus kahwin, tolong share pengalaman korang!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.