BENARKAH NIKAH TANPA WALI ADALAH PANDANGAN IMAM ABU HANIFAH DAN MAZHAB HANAFI? ADAKAH IA SAH DILAKUKAN?

B

Jawapannya : Ya, benar dan ia sah.

Dalil 1 :
‎أنّ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال: الْأَيِّمُ أَحَقُّ بِنَفْسِهَا مِنْ وَلِيِّهَا (رَوَاهُ مُسْلِمٌ وَأَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيُّ وَالنَّسَائِيُّ وَمَالِكٌ فِي الْمُوَطَّإِ
Sesungguhnya Nabi SAW Bersabda: Wanita yang belum bernikah lebih berhak atas dirinya daripada walinya.
(HR. Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasai, dan Malik dalam al-Muawatho’)

‎امرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالت: يا رسول الله؛ إني قد وهبت لك من نفسي. فقال رجل: زوجنيها. قال: قد زوّجناكها بما معك من القرآن
Dari Sahal bin Sa’ad berkata: Datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW kemudian berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku menyerahkan diriku kepadamu. Kemudian seorang sahabat berkata kepada Rasulullah: Nikahkanlah aku dengannya. Lalu Rasulullah SAW berkata : Aku nikahkan engkau dengannya dengan apa yang dia miliki dari bacaan Qura’an.
(HR. Bukhari)

Dari riwayat di atas, tidak ditemukan catatan tentang apakah saat itu Rasulullah menanyakan tentang keberadaan wali dari wanita tersebut. Justeru yang difahami oleh mazhab ini adalah bahwa beliau SAW langsung menikahkan sahabat dengan si wanita tadi.

Dalil 2 :
‎وَإِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَبَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا تَعْضُلُوهُنَّ أَنْ يَنْكِحْنَ أَزْوَاجَهُنَّ إِذَا تَرَاضَوْا بَيْنَهُمْ بِالْمَعْرُوفِ
Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu habis masa iddahnya, Maka janganlah kamu (para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dengan bakal suaminya apabila telah terdapat kerelaan di antara mereka dengan cara yang ma’ruf.
(Al-Baqarah : 232)

Imam Abu Bakar Ar-Rozy Al Jashos Al Hanafi menjelaskan tentang ayat ini dalam kitabnya, Ahkamul Qur’an:‎
وَقَدْ دَلَّتْ هَذِهِ الْآيَةُ مِنْ وُجُوهٍ عَلَى جَوَازِ النِّكَاحِ إذَا عَقَدَتْ عَلَى نَفْسِهَا بِغَيْرِ وَلِيِّ وَلَا إذْنِ وَلِيِّهَا أَحَدُهَا إضَافَةُ الْعَقْدِ إلَيْهَا مِنْ غَيْرِ شَرْطِ إذْنِ الْوَلِيِّ وَالثَّانِي نَهْيُهُ عَنْ الْعَضْلِ إذَا تَرَاضَى الزَّوْجَانِ
Dan ayat ini bermakna kepada sejumlah segi adalah atas kebolehan nikah yang terjadi kepada wanita tanpa adanya wali dan tanpa izin dari walinya. Yang pertama adalah penyerahan autoriti akad kepadanya tanpa syarat harus izin kepada walinya, dan yang kedua adalah larangan terhadap para wali untuk mencegah puterinya bila kedua calon mempelai sama-sama saling redha.

Dalam riwayat lain, Imam Hasan As-Syaibani (anak murid kanan Imam Abu Hanifah) mengatakan bahawa yang dibolehkan jika wanita dan lelakinya sekufu, jika tidak sekufu maka tidak boleh bagi wanita bernikah tanpa wali.

Imam Abu Hanifah mengqiyaskan akad nikah dengan akad jual beli pada umumnya, dimana beliau menitik beratkan kepada pelaku transaksinya adalah baligh, berakal, mumayyiz, dan pada intinya adalah mereka yang mampu melakukan transaksi jual beli secara sehat dan syar’i.
(Al-Mabsut. 5/10)

Negara Islam Pakistan juga menggunakan asas pandangan Mazhab Hanafi dalam pembentukan undang-undang perkahwinan Islam. Ya, negara Pakistan memang memegang teguh Mazhab Hanafi. Jika pandangan nikah tanpa wali itu tidak sah, adakah perkahwinan di Pakistan yang menggunakan akta tersebut atau pandangan Mazhab Hanafi itu tidak sah menurut ajaran Islam?

Muslim Marriage Act, 1957 article 7 :
“The age at which a person, being a member of the Muslim community, is capable of contracting marriage shall be sixteen years : Provided that in the case of an intended marriage between persons either of whom being a male is under twenty-one years of age or being a female is under eighteen years of age (not being a widower or widow), the consent to such marriage, of the father if living, or, if the father is dead, of the guardian or guardians lawfully appointed or of one of them, and, if there is no such guardian, then of the mother of such person so under age.”

Keluasan mazhab sebenarnya adalah solusi. Cumanya, perlulah kita berdiri dan memilih di atas asas taqwa. Pun begitu, aku berpandangan nikah tanpa wali hanya dibolehkan kepada wanita yang pernah berkahwin, sudah matang, dan pasangannya mesti sekufu intelektualnya.

Wujudnya wali dalam perkahwinan Islam adalah untuk menjadi pembela kepada kaum wanita dan menguatkan pihak wanita. Kuasa wali tetap wujud dan wali boleh membantah dan membubarkan nikah tersebut jika dirasakan tidak selamat untuk anaknya.

Pandangan Mazhab Hanafi ini jelas memberi hak kepada wanita untuk memilih dan membuat keputusan sendiri tanpa diganggu gugat oleh keputusan keluarga yang mungkin menyalahgunakan kuasa demi kepentingan Megah Holdings.

Prinsip hidup sendiri ditentukan oleh diri sendiri sangat diraikan dengan pandangan ini. Bahkan agama Islam sendiri mengiktiraf apa-apa sahaja perkahwinan yang berlaku sebelum memeluk Islam. Hal ini menjelaskan betapa apa-apa kontrak perkahwinan didiiktiraf oleh agama Islam. Jadi, apalah sangat perbezaan pandangan dalam mazhab dalam hal perkahwinan.

Perkahwinan adalah hal muamalat. Ia sepatutnya dimudahkan. Bukan dipayahkan. Ia sepatutnya diluaskan bukan disempitkan. Begitu banyak pandangan Mazhab Hanafi yang sudah terpakai dalam kehidupan kita di Malaysia bukan?

Guru kami yang mulia, Dr. Radzi Othman ada menerangkannya ketika disoal oleh seorang pelajar di Adelaide suatu ketika dulu. Boleh dengar dan manfaatkan.

😉

https://www.facebook.com/watch/?v=2380431382137332

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.