BERCERAILAH DENGAN BAIK..

B

Jika sudah tidak suka, kenapa perlu diaibkan pasangan kita. Kita bukanlah baik mana kan? Kita masing-masing ada keluarga kan?

Minta jela cerai. Minta baik-baik. Cakap baik-baik. Buat settlement elok-elok. Kenapa perlu diviralkan. Jangan nanti berlawan londeh melondeh pula.

Setidak-tidaknya dia ayah/ibu kepada anak kita. Bukanlah kita atau orang ramai untuk menjadi hakim masalah dalam kelambu kita.

Dosa dan aib peribadi, dalam kain dan dalam rumah, simpanlah sendiri. Untuk apa nak disebarkan? Yang bersalah sorang saja. Kesannya bukan kepada seorang dan bukan untuk hari ini sahaja.

Adakah kau rasa puas apabila anak kau diejek ada ayah penzina dan ibunya gila? Atau ibunya gila dan ayahnya daiyus?

Lainlah kau memang jenis suka aibkan suami/isteri, maki suami/isteri dalam media sosial untuk dapatkan like followers.Atau kau juga jenis tak kisah maki hamun pak mentua kau, dan suami pula jenis lebai daiyus.

Kan?

Aku pernah tulis tentang cerai itu mudah.
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/385479136052605/?d=n

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.