BERJUMPA TAUKE BERAS MANGSA KEZALIMAN SIPUT SAHAM PRE-IPOH!

B

Ini Aunty Wawa, mak mentua bini no 3 aku punya cousin. Dia ada kilang beras dan seorang tauke beras yang hebat. Orangnya rajin dan progresif. Cuma sedikit lurus.

Masa covid tempoh hari, perniagaan dia sedikit terjejas. Tiba-tiba siput saham pre-ipoh approach dia konon-konon boleh pump duit dan bantu perniagaannya untuk grow balik. Maklumlah, siput saham itu travel naik private jet. Aunty aku pun stim ler. Uhuk!

Malangnya, siput saham itu sembang saja. Company beras tersebut kini sudah ke arah kehancuran kerana ditipu oleh siput saham tersebut. Aunty aku ni siap dah serah share siap-siap, tapi pelaburan yang kononnya dijanjikan hanya dicapati sahaja.

Aku nasihatkan, jangan percayalah dengan siput saham yang sembang pre-ipoh bagai itu. Dia tu scammer yang bertopengkan siput sedut. Aku tak boleh buat apa, boleh tumpang simpati jela dekat aunty aku ini.

Korang ucapkanlah kesian kat aunty aku ni..
Sian dia..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.