BEZA BERNIAGA VS NGO KUTIP DERMA

B

Berniaga guna duit sendiri, NGO KUTIP DERMA kutip duit orang ramai.

Orang berniaga bertanggungjawab menjawab kepada shareholder dia, NGO KUTIP DERMA bertanggungjawab kepada pendermanya.

Orang berniaga boleh lewat audit, company dia, dia punya suka. Dia kena denda, dia bayar, duit dia. NGO KUTIP DERMA tak boleh lewat langsung, kerana kutip duit orang. Modal duit orang, takkan nak bayar denda pakai duit orang.

Biasanya margin orang berniaga, makin besar sales, makin besar profit, makin kecil profit margin. NGO KUTIP DERMA pula, makin banyak kutipan, makin besar expenses, makin besar management dia tap daripada penderma.

Orang berniaga cuba bagi efficient dan cost effective. Itu sebab makin besar sales, makin rendah operation cost. NGO KUTIP DERMA?

Kalau business servis, 20% sahaja dibenarkan untuk di-tap macam Grab dan ehailing business lain. NGO KUTIP DERMA? 30% 45%? 50%? 90%?

Zakat* pun ambil 2.5% je. Out of 2.5%, 1/8 atau 12.5% sahaja tuhan bagi kepada amil.

Bank pun hanya dibenarkan up to 18% per year untuk ambil interest atau keuntungan.

Ujrah atau management fee collection bank pun hanya 2%.

Ujrah PTPTN 1%.

Tiba-tiba, NGO KUTIP DERMA nak BALON 30%!

—-

Dengan pengalaman aku dalam jemaah dan NGO, aku tau yang puak-puak NGO ini memang menggunakan duit derma untuk sustain jemaah, dan ahli mereka. Lebai-lebai yang fulltime NGO tu dapat mana duit nak hidup? Anak ramai? Bini banyak? Modal mana?

Ahli ISMA ada potong 30% income kasi jemaah tak?
Come on..
We are not just born yesterday lah..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.