Apa tujuan kerajaan wujudkan biasiswa?
1. Untuk kau berbakti kepada rakyat?
2. Untuk kau bayar balik biasiswa?
3. Untuk kau serve negara kau dihantar belajar?
4. Untuk kau kutuk negara kau sendiri?
5. Untuk kau hidup senang?
Biasiswa rakyat pada aku adalah datang dari JPA, MARA, BNM, PNB, PETRONAS, KPT/KPM, FELDA dan dari mana-mana agensi kerajaan.
Dalam semua biasiswa ini, hanya MARA sahaja yang tiada bond. Yang lain semua ada bond untuk pulang dan serve the bond. Kalau tak serve the bond, kena bayar balik.
Aku budak MARA, so aku takda bond. Kalau aku taknak balik pun, aku punya suka. Tapi, aku tetap berat nak balik untuk berbakti dan aku dah pulang dengan misi dan visi untuk negara aku. Kalau bukan sebab biasiswa ini, aku takkan berpeluang belajar ke luar negara, sebab aku anak orang miskin.
Aku percaya, walaupun tiada bond tapi itulah tujuan dan matlamat anak bangsa dihantar belajar ke luar negara. Kalau takat dihantar ke sana untuk aku serve perut aku sendiri dan serve negara sana, aku tak rasa kerajaan tak perlu buat biasiswa, baik buat pembiayaan patuth syariah je.
Betul tak?
Lebih-lebih lagilah mereka yang ada bond atau kontrak yang menyuruh mereka pulang dan berbakti kepada nusa dan bangsa. Ya benar, pastu ada exit clause yang menyatakan kena bayar balik. Tapi, adakah nilainya sama?
Zaman aku, total cost rakyat bayar untuk menghasilkan seorang doktor untuk budak JPA dan MARA di UK dan Australia adalah lebih kurang RM1 juta/seorang. Biasiswa lain lagi mahal lah, sebab elaun diorang lagi banyak.
Kawan aku, budak BNM kena bayar lebih kurang RM1 juta selepas dia taknak balik nak stay dekat USA. Tapi ayah dia bayarkanlah. Ayah dia kaya. Tapi budak-budak biasa-biasa ni. Diorang bayar balik ke?
Meh sini aku cerita trick diorang especially budak medic nak tangguh bayar.
1. Lepas grad, diorang minta tangguh alasan nak buat housemanship. Masa ni dah dapat gaji kat sana.
2. Lepas habis housemanship, dia lagi sekali minta tangguh nak sambung belajar buat specialist. Gaji trainee dah up sikit.
3. Cukup haul tinggal di sana, dia apply PR untuk dapat benefit di sana.
4. Lepas habis MRCP, MRCS atau MRC yang lain, dia minta tangguh konon nak balik sebagai pakar consultant.
5. Cukup 2-3 tahun lepas dapat PR di sana, diorang ambil passport sana diam-diam. Diorang ada 2 pasaport tau!
6. Ada yang terus minta tangguh dengan alasan sambung belajar dan training. Ada yang dah cukup duit, dia bayar seketul dan ada yang bayar balik installment.
Begitulah cara mereka tangguh disebabkan tiada kesungguhan dan ketegasan mengambil tindakan terhadap kaum pengkhianat negara ini.
Ada pula di kalangan mereka mendabik dada kata,
“Aku dah bayar balik hutang JPA aku..”
Seolah-olah dulu, JPA bagi financing untuk kau sambung belajar di sana, kerja dan serve rakyat dan negara sana, bayar cukai 30-40% di sana, cukup duit, kau bayar balik. Zaman aku, kos hasilkan doktor RM1 juta, takkan lepas 10 tahun, kosnya sama RM1 juta juga?
Sebab tu aku selalu kasi jawapan,
“Bro, biasiswa tu bukan financing untuk kau hidup senang di sana dan bayar cukai di negara yang sokong Israel!”
Ni screenshot kawan lama whatsapp semalam! Terus dia insaf tau lepas tulisan aku viral..
Kah kah kah!