Aku tau ramai tertanya-tanya kan? Aku sebenarnya telah meminta Firdaus Wong Wai Hung untuk setelkan audit sampai yang updated year atau at least 2021 lah.
Alhamdulillah dia telah selesaikan!
Maka sampailah giliran aku dan pasukan aku untuk menyemak, menganalisis, mengorek dan memberi komentar tentang pengurusan kewangan MRM berdasarkan pendirian dan persepsi pandangan aku.
Ya, aku ialah orang yang bangkitkan isu NGO mencekik duit. Jadi, apabila Firdaus Wong menyerah diri untuk aku SCRUT MRM secara sukarela. Aku rasa dia sangat berani dan telus.
Aku pernah tanya dia,
“Weh, nanti aku akan komen keras kau ok ke?”
Firdaus jawab,
“Takpa, aku akan terima demi kebaikan aku dan MRM. Aku nak perbetulkan apa yang silap, aku nak perbaiki apa yang dah terkhilaf.”
Fair enough!
So, insyaAllah bagi aku masa. Aku akan keluarkan komentar dan pandangan aku nanti. Dari tahun 2014 sampai 2021 tau. Tak sekejap tau. Lama juga nak hadam ni. Aku juga akan buat interview dengan penyumbang dan ajk-ajk dari dulu hingga sekarang.
Doakan aku untuk keluarkan pandangan dan komentar secara jujur dan berprinsip kerana Allah.