BILA SUDAH BERCERAI DAN BERGADUH, SEGALA TAHI DAN ISU AKAN KELUAR!

B

Kalau tak kerana bergaduh dan bercerai berai, kita semua takkan tahu Johny Depp pernah pukul Amber Heard dan Amber Heard pernah pukul Johny Depp. Kita juga takkan pernah dengar cerita Amber Heard berak atas katil. Masa bersama semuanya indah dan disimpan kemas dan ditoleransi.

Semua itu takkan terkeluar kalau tidak bercerai, atau bercerai dengan aman dan damai. Bila bercerai secara tidak baik, macam-macamlah cerita kita akan dengar. Busuklah, kaki kentutlah, pengotorlah, lebai kaki pukul, taksub PAS, tak puas main. Hatta, aku pernah dengan cara picit ubat gigi pun jadi isu.

Si bini marah sang suami picit ubat gigi dekat tengah, sebab bini suruh picit dari bawah. Nampak? Bila dah tak suka, hal sebegini juga akan disebut dan diperbesarkan.

Yang selama ini mabuk sama-sama, fetish sampai main belakang, tiba-tiba buat report kata diliwat. Yang dulu sama-sama rakam buat video porno, tiba-tiba kata dirakam. Yang dulu fetish gaya arnab dan hamster, maki hamun laki sebelum mulakan seks, tiba-tiba maki laki dia jahat sebab taksub parti Isle.

Macam-macamlah lagi cerita yang kita pernah dengar atau baca apabila cerita cerai berai berkumandang. At the end, kita pun tak tau sama ada ia benar atau tidak. Tapi, apa yang kita boleh pastikan adalah, semua itu keluar setelah bercerai berai. Yang keluar segala tahi sebelum bercerai ni, ada seekor hamster je kat Wakanda ni. Dia je lain level.

Selama ni kalau laki bini gaduh, kalau pasangan tersebut miskin, kaum peguam akan malas dan buat taktau. Tapi, kalau yang bergaduh itu dengan orang kaya. Pasti akan ada peguam mahu “membantu”. Kenapa?

“Membantu” sebab mereka mahukan 25% kalau mereka berjaya mendapatkan harta sepencarian, mutaah, ganti rugi, dan nafkah. Itu sebab diorang fokus kepada orang kaya sahaja. Boleh “pow” lebih.

Itu yang kadang-kadang aku malas nak ambil port dengan kes cerai berai ni. Aku percaya ia lebih personal. Jangan lupa kes Johny Depp dan Amber Heard yang telah menunjukkan apa yang Amber Heard cerita masih ada the other side of story. Macam cerita di Wakanda, ada seorang wanita yang riuh cerita di Friendster laki dia pukul dia dan anaknya, tapi dia tak buat laporan polis pun.

Aku bersimpati kepada para mangsa. Tapi aku juga tak percaya sepenuh kepada mangsa. Kadang-kadang mangsa tu bukan baik mana pun. Mereka dah puas berjimba selama ni, tak pernah kisah pasal rakyat marhaen selama berkahwin dengan orang kaya. Selama ni langgar orang awam ketika mabuk. Masa tu, money talks for you? Bila bercerai berai, nak dapatkan sokongan rakyat marhaen?

Mereka bukan seperti adik Bella. Adik Bella, suci dan bersih. Dia takda suara. Jadi aku kena bersuara untuknya. Dia takda keluarga, sebatang kara. Aku jadi keluarganya walau tak pernah bersua jumpa. Adik Bella bukan parti animal, jadi bukan karma untuknya. Ia ujian buat kita untuk bersuara atau diam.

Apa pun, aku tetap againts segala kekasaran. Kalau benar perkara itu berlaku. Bangkit dan lawan. Anda juga mempunyai tuhan yang sama dengan aku. Tuhan kita sama je, Allah. Allah yang bagi rezeki, Allah yang maha kuasa. Makhluk langsung takda kuasa, tak boleh bagi sebarang manfaat dan mudarat, tanpa izin Allah.

Kudrat ada, suara ada, keluarga ada. Selagi anda bukan OKU. Anda kena bangkit lawan sendiri jika benar hak anda telah dinafikan. Aku naik turun court, bukan free. Semua ada kos. Takkan nak harapkan aku je. Ingat aku kaya ada company nak pre-IPO? Aku pun hidup dengan Axia Kompang.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.