BISNES GAYA PEMUDA UMNO KETEREH YANG SORANG TU!

B

Ahmad Helmie Hassan ialah pemuda UMNO Ketereh. Dia juga seorang usahawan, apa dia berniaga, aku taktau. Jadi aku telah run SCRUT Analytica dan telah menemui satu syarikat yang dia jadi pengarah dalamnya. Nama syarikat itu adalah ISS Aquatech.

Dalam dia asyik bertempik yang aku ni nak menjatuhkan Melayu, dia yang kononnya pejuang Melayu, aku rasa curiga pada satu company yang dikuasai penuh oleh orang Cina tetapi dia dan kawannya menjadi pengarahnya.

Dengan menggunakan Interepo (www.interepo.com), aku lakukan semakan. Aku mendapati yang syarikat tersebut dimiliki oleh :

1. Ng Kean Seng 84.9%
2. Voon Siau Wei 15%
3. Ungku Adika 0.1%
4. Ahmad Helmie 0.0%

Tetapi, pengarah-pengarah kepada syarikat ini adalah 2 orang Melayu :
1. Ungku Adika
2. Ahmad Helmie

Dalam dunia business, syarikat yang dimiliki oleh Cina tetapi di-fronting oleh Melayu dipanggil Ali Baba, atau cap masjid. Tetapi, mungkin kerana skill dan pengalaman dia yang power, maka syarikat Cina itu menggunakan khidmatnya.

Atau mungkin kerana dia merupakan graduan dari UK maka dia layak jadi pengarah di syarikat tersebut sebagaimana anak Kak Jat graduan Ivy League layak jadi pengarah di MDEC.

Ivy League dapat agensi kerajaan, graduan UK jadi pengarah syarikat Cina. Ke guane?

Padanlah takda syarikat Cina, GLC dan agensi kerajaan nak ambil aku jadi pengarah. Mungkin sebab aku :

1. Bukan orang politik.
2. Bukan anak orang politik.
3. Bukan graduan Ivy League yang takda success story.
4. Bukan graduan UK yang ada jawatan politik bahagian.

Kan?

Takpalah, aku merangkak jela cam biasa.

.#HeilMarhaen

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.