Dulu, sekitar awal tahun 2018, ada seorang lebai yang mengaku ustaz, menggunakan gelaran Ustaz Lariba lantang mengharamkan bitcoin. Walhal ketika itu Dr. Daud Bakar dan Dr. Zaharuddin telah memberikan pandangan bitcoin adalah harus. Bitcoin adalah aset digital.
Team coin.my telah menyiasat latar belakang “ustaz” tersebut dan mendapati lebai ini bukanlah seorang ilmuwan dalam bidang agama. Dia hanya seronok berlakon menjadi ustaz dan membawa gelaran ustaz. Almaklumlah, bukan semua orang cerdik nak menilai siapa ustaz tulen dan siapa ustaz fake.
Tapi, kami tetap memberi benefit of the doubt kepada Ustaz Lariba atau nama sebenarnya Abdul Aziz. Seorang graduan sains komputer yang rasanya tak boleh coding. Yang hari ini telah menjadi usahawan menjual cop patuh syariah walaupun dia bukan ustaz tulen. Dia haramkan sana sini, rupanya untuk dia jual cop halal dia kot. Steady lebai!
Maka, kami menjemput dia untuk mengadakan sesi interogasi keilmuannya. Ohya, aku teringat dia ada komen di wall aku, kemudian dia delete. Konon nak tunjuk terer, lepas tu lari. So, aku nak adakan majlis ini untuk dia buktikan dia benar-benar seorang ahli dalam bidang agama dan benar-benar faham tenteng teknologi blockchain ini.
Sehingga hari ini dia tidak menjawab dan hanya menyepi sahaja. Oh, sebelum aku terlupa, aku tahu dia dilindungi oleh seorang ustaz tulen bernama Dr. Sufyan daripda UM yang handle page MuamalatDotMy. Aku percaya Dr. Sufyan pun tau Lebai Lariba ini hanya fake ustaz.
Jika hanya kerana ada master daripada INCEIF boleh mendapat gelaran Ustaz Lariba, aku mengumumkan Radzi Tajuddin ialah Ustaz Yariba kerana berjaya menamatkan Master Islamic Finance daripada INCEIF juga baru-baru ini.
So, aku rasa fairlah aku menjemput Ustaz Lariba untuk diuji keilmuannya jika dia mahu menggunakan gelar ustaz secara komersial dan profesional dengan mengambil semangat majlis interogasi Imam Bukhari nak masuk Baghdad. Tapi, Lebai Aziz ini tak berani. Walau bagaimana pun jemputan ini aku kira masih terbuka kalau dia berani.So, faham-fahamlah ek?Ohya, seorang pakar muamalat, ustaz tulen yang ada PhD dalam bidang Muamalat, telah menyelar “Ustaz” Lariba ini. Nah, rujuk di bawah. Maksudnya, aku juga tidak keseorangan memertikaikan integriti lebai itu.
Rujuk :
[1] Posting asal.
https://www.facebook.com/100011300684188/posts/512740932445925/?d=n
https://www.facebook.com/369831263411157/posts/485162191878063/?d=n
So, buat mereka yang baru kenal aku, tolong jangan bawa orang yang jahil untuk dibawa hujah. Ustaz Lariba itu bukan ustaz tulen. Lebai yang menggunakan gelaran ustaz untuk mencari pengikut tiada beza dengan Azizan Osman yang menggunakan gelaran doktor PhD untuk jual kelas. Ramai yang percaya dan ikut. Apa nak pelik. Dunia ini tipu-tipu. Ayah Pin ada pengikut, Rasul Melayu ada pengikut, Tuhan Harun ada pengikut. Apalah sangat Phd tipu dan ustaz palsu. Dajjal pun nanti ada pengikut.
Apa beza?
Clear?