Semalam Afyan Mat Rawi tag aku, aku biasanya malas nak layan orang tag, dan aku untag je kerana biasanya penulisannya kurang ilmiah pada aku dan tiada fakta atau informasi yang aku perlukan. Sepanjang pengenalan pun, aku tau dia ni jenis tak berapa canggih sangat otak dia since dia gagal faham tentang blockchain technology dan the theory of probability. Selain itu, itu dia jenis suka ride wave apa saja yang sedang viral untuk mendapat perhatian followernya.
Aku pula tidak suka bersikap sepertinya. Di saat dia dibelasah dengan isu Atomy, aku boleh je ride wave itu. Tapi aku kekal dengan pendirian aku, boleh saja aku tukar pandangan untuk memberi tekanan nakal, tapi aku tetap dengan prinsip aku. Aku tak gila populariti dan aku tulis atas dasar prinsip. Atomy tetap harus kita bermuamalat dengannya. Mungkin ramai yang mengharapkan aku berkata sebaliknya. Tidak.
Ohya, pernah suatu ketika apabila dia tiada hujah, dia kata wall aku sendu. Oklah, follower aku tak seramai follower dia. Ketika itu isu sifu saham, dia pertahankan sifu saham itu benar, aku macam biasa skeptikal, tak percaya, mahu mereka diuji secara jelas, dalam masa yang sama aku terangkan pasal teori kebarangkalian. Dia gagal faham tentang teori itu dan kata aku nak cari perhatian di wall dia, walhal dia yang add aku dulu. Terus aku malas nak terangkan dah. Semalam, dia guna wave aku buat untuk ride, siap tag aku lagi. Haha. Steady. Memang sah perangai dia camtu.
Rasanya ramai yang tahu, aku kalau takda Facebook atau social media pun, perniagaan aku tetap berjalan, taktaulah dia. Aku tulis content aku sendiri, jarang-jaranglah aku nak ride wave viral orang lain. Kalau aku nak buat macam tu, aku boleh buat. Tapi itu bukan aku. Aku tak lapar macam tu. Aku ada prinsip dan aku firm dengan prinsip aku.
Fokus aku semalam pasal susu Summerfield, aku baru tahu ada susu fresh milik 100% bumi. Jadi aku tag dia balik. Yelah, seingat aku dia antara tokoh dan pejuang BMF sebelum ini. Siap masuk TV, dapat polulariti sebab BMF dan dia juga admin group BMF. Aku minta dia tolong ride the wave juga macam semalam, tetapi dia jawab, Summerfield tak famous.
Pagi ini, lalu balik posting dia tag aku tu di wall aku, aku pun bacalah, telahan aku benar, dia ni memang kurang cerdik sikit. Sejak bilalah Devondale pesaing Farm Fresh, yang pesaing Farm Fresh adalah Summerfield, Devondale susu UHT. Tapi takpalah, itu memang perangai dia untuk buat posting nak kekal relevan. Rasanya ramai orang tau dah pun perangai dia memang macam tu.
Semalam aku ada tanya balik pendiriannya tentang BMF, soalan aku mudah je, antara Farm Fresh dan Summerfield mana yang lebih utama untuk dibeli menurut pandangan BMF. Dia tak nak jawab. Seperti yang kita semua sedia maklum Summerfield dimiliki 100% oleh Muslim, Melayu dan Bumiputera, manakala Farm Fresh dimiliki hanya 0.3% oleh seorang Melayu, Muslim dan Bumputera.
Rujuk :
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/420613609205824/?d=n
Mana tau BMF ada mengeluarkan piawaian baru yang 0.3% pun sama macam 100% kepemilikan. Atau company Alibaba pun kira BMF, hanya letak pengarah Melayu dan diberi token share sikit dah jadi BMF. Siapa tau kan? Aku memang tak #intoscene BMF ni, hanya memerhati dan cuba memahami. Aku macam nak tolong dulu tapi bila jumpa 2,3 tokoh BMF, buat aku rasa malas terus. Pendirian aku dari dulu konsisten, hukum muamalat harus kecuali judi dan riba.
Melihat jawapannya sebegitu, macam tiada beza jugalah dengan jawapan tokoh ruminan BMF Nordin Mat, maka aku rasa BMF dengan Afyan sudah habis. Kita kena tunggu pengisytiharan Afyan untuk keluar dari kefahaman BMF sebagaimana dia keluar dari Atomy. Mungkin setelah bersama-sama dengan Atomy, dah makan banyak duit untung dari syarikat bukan BMF, pandangannya telah bertukar sama seperti aku barangkali.
Semalam juga, ada seorang pemuda, dia buat disertation MBA, dia kaji pasal BMF. Dia cerita dia pernah kena maki oleh kaum BMF dulu. Dalam kajian dia, dia kasitau yang BMF ni akan hangat-hangat tahi ayam saja menurut kajiannya. Hari ini ia menjadi kenyataan, dia boleh tersenyum sinis barangkali.
Apa sudah jadi dengan BMF hari ini? Adakah BMF ini hanya ditunggang untuk kepentingan diri sebahagian mereka? Untuk influencer-influencer BMF meraih populariti dan nama? Atau disebabkan permainan politik? Atau memang BMF ini sudah tidak relevan pada hari ini?
Mungkin kita boleh sama-sama dengar hujah Afyan suatu ketika dulu..
https://youtu.be/SyHtcjYq32kJadi aku ulang soalan kepada tokoh-tokoh BMF adalah,
Antara Farm Fresh dan Summerfield mana lagi utama untuk dibeli menurut BMF?
Wallahu’alam..
———Tempelan Iklan———
Dah baca tentang pemuda yang buat Kacang pool tersedap di dunia?
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/421041932496325/?d=n
Nak buat SMS Marketing?
Cuba https://blast.my untuk SMS blasting!
Dapatkan RM1 free credit untuk trial.