Ada wartawan Mkini pun sibuk juga nak #intoscene, tapi korang taulah kualiti wartawan Mkini takat mana. Mana buat research betul-betul dan otak selalu senget sikit. Kepakaran mereka hanya buat headline, mislead the facts dan membina persepsi buruk. Itulah budaya Mkini.
kan?
Ya, memang semua tulisan aku dan perbuatan aku ada agenda aku tersendiri. Aku memang menulis untuk membakar jiwa-jiwa yang mencari kebenaran untuk bersama-sama aku bercakap yang benar melalui budaya SCRUT! Mencari kebenaran dengan data dan fakta yang sahih.
Aku juga nak melahirkan lebih ramai orang yang ber #MindaSkeptikal dan mengajar masyarakat supaya bermazhab dengan mazhab #EvidenceBased. Rasanya orang yang dah follow lama aku tau hal ini. Aku juga bukanlah pejuang atau pentaksub BMF, bahkan aku berpegang dengan usul fiqh asal bab muamalat. Atomy pun aku kata harus bermuamalat. Beli product made in Israel pun aku kata harus. Boleh scroll wall aku.
Untuk orang yang baru kenal aku, patut research la dulu. Apa punya wartawanlah nak menulis tak buat research. Mereka yang dah lama kenal aku tau je SCRUT memang aku punya, Interepo aku punya, dan Ifmal juga aku punya. Susu Devondale Malaysia, bukan aku punya, tolong jual je. Apa nak rasa bangga dengan penemuan tersebut? Nak glamor? Silakan..
Aku bias katanya. Aku bukan buat review produk. Aku bagitau fakta dan data kepada mereka yang nak menerima. Aku tulis cerita aku, pandangan aku. Aku promote product aku? Ya, so apa masalah? Wall aku, aku punya suka. Adakah apabila aku promote produk aku, fakta dan data aku jadi bias? Jadi tak betul? Disebabkan aku promote, dari 13% jadi 1.3%. Kalau aku buat macam tu, wajarlah aku dihambat.
Lainlah aku review susu A, dalam masa yang sama aku jual susu B, kemudian aku promote susu B. Memanglah bias. Tak adil. Sekarangni, aku cerita pengarah syarikat A ada saham banyak ni, kemudian aku cerita aku beli susu dekat B. Apa yang bias? Ibarat dalam drama ada iklan lah. Tak suka? Tak setuju? Button block kan ada? Wall aku, aku punya sukalah..
Bro, bagitau dunia aku ada agenda lain ke, aku itu ke, ini ke.. Tak menafikan fakta dan data yang aku keluar. Nafikan fakta dan data aku keluarkan, bukan create persepsi. Main persepsi dengan politcian sudahlah, takkan dengan rakyat marhaen pun nak main persepsi..
Lapar sangat? Buktikan fakta dan data aku salah lah..
Yang paling kasihan, budak-budak pejuang BMF pun jadi keliru dah. 0.3% pegangan bumi jadi BMF ke tak? Sampai terpaksa share posting libertard yang anti-BMF.
Haha!
Alangkah lucunya bangsa ini!
Salam BMF!
Sat, nak iklan apa ya? Ok, siapa nak baca portal yang penuh ilmu dan fakta tentang dunia kripto dan blockchain technology sila ke coin.my, www.coin.my.
Clear?