Ini tangkap layar yang kawan aku hantar. Collection NGO-NGO tersebut adalah RM55 juta! Wow! Hebat bukan?
Berapa gaji chairman, founder, co-founder, ceo dan high council NGO-NGO ini. Siapa boleh kasitau?
Just nak tanya, kalau chairman, founder, co-founder, ceo dan high council NGO-NGO ni run business, real business. Mampukah mereka dapat revenue setinggi ini?
Prinsip no 1 yang perlu dipegang adalah, buka NGO dan collect derma bukan kewajipan. Kenapa kau nak buka NGO at the first place?
Kalau kau sendiri tak mampu tolong diri kau, hutang handphone, hutang telco, hutang investor pun tak boleh bayar. Macam mana nak tolong orang lain?
Kalau kau nak buka NGO untuk kau dan kawan-kawan kau, tanpa collect dana awam, no issue at all. Duit kau, kau punya suka! Jalan! Enjoy doing charity gang!
TAPI..
kalau kau nak pakai duit orang, dana awam. Aku nak tanya, kau nak tolong orang kenapa? Kau sendiri dah settle down ke? Kau sendiri dah survive ke tak? Kau sendiri dah takda hutang ke?
Family dan sepupu sepapat kau dah settle ke sebelum kau sibuk buat NGO collect dana awam nak tolong orang lain? Ke kau nak guna NGO ni untuk tolong kau dan kau tunggang tolong family kau?
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ
“Dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu.” [Riwayat Muslim No 995]
Imam al-Nawawi RA berkata bahawa memberi sedekah kepada ahli keluarga adalah lebih afdhal (lebih baik) berbanding memberi kepada orang asing (yang tidak mempunyai pertalian keluarga) jika mereka (ahli keluarga) berhajat kepadanya. Tambahan pula, ahli keluarga perlu diraikan hak mereka berdasarkan pertalian silaturrahim walaupun pertalian tersebut jauh. Ini kerana, Nabi SAW memerintahkan kepada Abu Talhah untuk memberikan sedekahnya kepada ahli keluarganya maka beliau memberikannya kepada Ubaiy bin Ka’ab dan Hassan bin Thabit. Kedua sahabat ini berhimpun pada nasab datuk yang ke-7. [Lihat: al-Minhaj, 86/7]
Kalau kau sendiri dah settle down, kau dah tak kebulur. Biasanya ok. Tapi kalau kau sendiri pun tersontot, hutang keliling pinggang, main saham pun tak ke mana. Kau nak buka NGO collect dana awam, biasanya ada something wrong. Ya, pasti ada something wrong. Pasti!
Teringat aku 1 hadith yang benar-benar menjawab isu ini.
Sabda Nabi SAW,
مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ، وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَيَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِرواه البخاري)
“Tidaklah seseorang memakan suatu makanan yang lebih baik dari makanan yang dimakan dari hasil kerja keras tangannya sendiri. Kerana Nabi Daud ‘alaihis salam dahulu bekerja dengan hasil kerja tangannya.” [HR. Bukhari No 2072]
Hadith di atas disokong oleh hadith dalam Sahih Bukhari yang lain juga,
“Sesungguhnya seseorang dari kalian pergi mencari kayu api yang dipikul di atas bahunya itu lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik diberi atau tidak.” (HR Bukhari No 1470)
Kalau nak kaya? Nak kehidupan yang baik? Nak senang? Nak gaji besar? Nak gaji elok? Kerja! Bukan buka NGO. Kalau buka NGO atau Yayasan sebagai mata pendapatan itu perkara yang mulia, pasti 3 Abdallah, Ibnu Mas’ud, Ibnu Umar dan Ibnu Abbas dah buat markaz sendiri untuk collect fund di zaman mereka. Bahkan diriwayatkan, mereka sendiri pun bekerja mengambil upah untuk hidup.
Sebagai penutup, tiba-tiba aku teringat tentang hadith ini sebagai motivasi untuk kita bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk hidup. Kita kerja sungguh-sungguh supaya kita boleh bantu mereka yang memerlukan kelak. Bukan menggunakan duit orang untuk bantu orang. Kita guna duit sendiri!
Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ طلَبَ الدُّنْيَا حلاَلاً اِسْتِعْفَافًا عَنِ الْمَسْأَلَةِ وَسَعْيًا عَلَى اَهْلهِ وَتَعَطُّفًا عَلَى جَارِهِ بَعَثَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ كَالْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ. وَمَنْ طَلَبَ الدُّنْيَا حَلاَلاً مُكَاثِرًا مُفَاخِرًا مُرَائِيًا لَقِىَ اللهَ تَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَهُوَ عَلَيْهِ غَضْبَانٌ
“Siapa yang mencari dunia yang halal untuk menjauhkan diri dari berminta-minta, dan usaha untuk keluarganya dan untuk baik dengan tetangganya, akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat dengan mukanya bagaikan bulan purnama, dan siapa yang mencari dunia halal untuk memperbanyak, berbangga dan sombong, akan bertemu dengan Allah pada hari kiamat sedang Allah murka padanya.”[HR al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman No 989]
Kita semua kena sedar, memang para penipu dan penunggang kebaikan akan menggunakan nilai kebaikan untuk mereka mendapat laba dunia dengan mudah.
Tak setuju? Takpa. Korang boleh teruskan menderma dan menginfaq dengan mereka yang korang percaya. Kalam aku umum. Yang terasa tu pasti ada something wrong..