BUKAN SEMUA ORANG ADA KEMAMPUAN YANG SAMA!

B

“Mana Tun M? Tun Daim? Mana Tun Hasmah? Mana Bangnon? Mana Paklah?

“Tengok Syed Saddiq, dia all out!”

“Mana Syed Mokhtar? Mana Vincent Tan? Ananda Krishnan? Mokhzani Mahathir?

“MP Bangi berkayak lebih 6 jam!”

“Ramai je boleh datang tolong, kenapa korang tak boleh?”

Macam ni kawan, setiap orang ada kemampuan dan kekangan masing-masing. Apa kau expect Tun M, Tun Hasmah, Tun Daim, Paklah dan Bangnon nak meredah banjir? Umur diorang berapa? Ye, diorang ada gaji dan pencen dibayar rakyat. Mungkin diorang dah derma. Bukan semua orang menderma nak buat announcement kan?

MP muda macam Syed Saddiq pula, ofkoz ler dia kena all out. Dia politikus kot. Dia ada gaji yang dibayar disebabkan dia jadi politikus yang dipilih rakyat. Kalau dia tak tolong rakyat, dia nak buat apa? Dia bukan ada company nak jaga, bukan ada bisnes. Dia punya level ada duit lebih pun masuk ASB je. What do you expect kan? Kira oklah dia datang buat kerja, compare dengan MP lain yang MIA dan pergi main salji tunjuk dalam sosmed. Samalah juga MP Bangi, ada gaji MP ma..

Orang-orang business pula, takkanlah korang expect diorang ni turun padang. Diorang run business. Bukan ada duit sumbangan derma. Bukan dapat gaji daripada kerajaan. So, diorang kena bekerja. Mungkin diorang ada hantar team CSR pergi. Diorang bukan parti politik atau NGO, tak perlulah mereka nak angkat logo atau bendera kan? Diorang pakai duit sendiri, bukan macam MP-MP atau NGO-NGO yang run dan hidup pakai duit orang ramai. Ada beza tau.

Bukan semua orang ada kelapangan, bukan semua orang kerja sendiri, bukan semua orang takda kerja, bukan semua orang sanggup hidup makan duit 30% NGO. Kalau tanya mereka yang tak dapat datang, jiwa mereka sebenarnya meronta-meronta nak pergi. Tapi dah ada tanggungjawab lain. Kalau semua orang pergi, siapa pula nak jalankan ekonomi.

Siapa nak jalankan perkhidmatan, jual beli, logistik dan macam-macam lagi. Kita nak cuci rumah pun nak kena beli kasut Phua Chu Kang, nak beli waterjet, nak beli wiper, mop, kena ada orang hantar. Orang kesihatan kena standby. Orang LHDN kalau tak kerja nanti diorang tak dapat bonus, katanya negara akan bankrap.

Macam aku pula, aku pun bergerak atas kapasiti aku dan kawan-kawan aku. Aku ada syarikat yang kena hidup, ada staff yang di bawah mereka juga ada perut-perut yang perlu diisi. Jangan expect aku ada 24 jam macam Saddiq, aku takda gaji MP. Jangan expect aku boleh bawa orang ramai-ramai sebab aku takda dana derma, aku bukan NGO. Yang paling penting, jangan expectlah aku buat update, selfie dan acting aku tengah buat kerja.

Kalau semua orang turun tolong kan, sunyilah media sosial. Takdalah drama bini maki laki, laki fitnah bini. Takdalah drama menantu maki pak mentua, biras maki menantu. So, setiap orang ada peranan masing-masing. Ada yang menolong dengan kudrat, ada yang membantu dengan wang ringgit, ada yang memberi awareness dengan media. Ada yang jadi penghibur dan penyeri. Ada juga penyamun yang ambil kesempatan untuk buat duit, angkat logo dan nama mereka.

Biasalah..

Yang penting, kita jangan jadi pa tuhan, malaikat atau mengaku ada kasyaf tahu apakah sebab sebenar banjir kali ini berlaku. Ya, kita beriman Allah turunkan bala atau musibah ke atas maksiat yang dilakukan, tetapi kita bukan pa tuhan yang boleh mentakhsis segala perintah dan arahan tuhan kepada alam ini.

Anyway, aku kena masuk office dan bekerja hari ini. Tapi, aku dah hantar team pergi tolong. Ingat, aku bukan MP, bukan orang NGO, dan bukan pa tuhan. Aku Aliff, anak orang miskin yang makan nasi, bukan besi. Yang lahir dari rahim marhaen hasil persenyawaan sperma dan ovum rakyat marhaen lower B40. Segala kekurangan, aku minta maaf. Tapi, aku takkan please sesiapa pun. My wall, my rule. Aku punya suka!

Bear in mind, setiap orang ada peranan masing-masing. Kemampuan kita tak sama. Tapi kalau aku ada gaji MP, ada NGO backup, aku buat khemah dekat PPS Banjir tau! Aku tidur dengan mangsa-mangsa banjir 3 hari. Macam khuruj 3 hari la..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.