BUKAN SEMUA ORANG BOLEH SETEL DENGAN BERMAAFAN DAN BERBAIK-BAIK!

B

Ada beberapa pihak asyik tanya dan pertikai kenapa aku nak setel baik-baik dengan Jamalee of The Patriots? Bukan ke aku selama ni keras dan firm ke? Diorang lagi suka kami bergaduh je?

Aku rasalah, dalam Malaysia ini aku mungkin antara orang awam yang paling banyak disaman. Terima LOD pula entah berapalah. Mungkin tak terkira dah. Jadi, aku takda isu takut.

Aku disaman komital oleh Siti Bainun, ada aku tutup Facebook? Lari? Mohon maaf? Ajak jumpa dan setel baik-baik? Takda, aku lawan dan aku menang. Pun ada broker ajak jumpa nak setel. Aku tolak dan aku reject.

Masa zaman era awal SCRUT, beberapa AP holder dan seller saman SCRUT, ada korang nampak SCRUT minta maaf? Tutup Facebook? Ajak jumpa dan buat settlement? Tidak! Aku lawan!

DDNK, Onexox dan Bobie Farid saman aku. Ada aku lari? Ajak buat settlement tepi? Tutup Facebook, delete posting? Tidak, aku lawan. Kes masih di mahkamah. Aliff Ahmad kena report, aku buat Aliff Ahmad II, Aliff Ahmad II kena report, aku buat Aliff Ahmad III, Aliff Ahmad III kena report, aku buat page ini.

Walaupun ada yang menasihatkan untuk setel tepi dengan mereka-mereka ini, untuk masing-masing minta maaf. Tutup buku and move on. Melayu dengan Melayu, Islam dengan Islam. Aku letak syarat aku yang pihak-pihak tersebut kena bagitahu fakta sebenar. Itu prinsip aku. Mereka taknak buat. So, kita lawan je di mahkamah.

Kalau yang aku saman pula, memang takda offer settlement sama-sama, mesti 1 sided. Lawan atau mengaku salah dan mohon maaf. Takda sama-sama mohon maaf. Itu yang terjadi dekat 2 orang ex-staff, Pengiran Luqmanul Hakim dan beberapa orang lagi. Lepas ini, takda mohon maaf free, aku akan minta kos!

Oh, terlupa pula, Asiah Jalil dan Minah juga saman aku. Mana ada aku minta nego ke apa. Jalan terus. Lawan! Takda nak buat settlement. Jalan terus..

Jadi, kenapa dengan Jamalee boleh setel baik-baik.
1. Aku memang takda niat nak attack The Patriots at the first place. Kalau memang aku ada niat nak attack, maka bukan sekadar berperang dalam Facebook, sampai ke Federal Court pun aku sanggup lawan.
2. Perkara yang terjadi adalah salah faham.
3. The Patriots bukanlah penjenayah, scammer, penyamun, atau penipu masyarakat.
4. Telah datang mereka-mereka yang nak mendamaikan. Jadi, dengan point 1, 2, dan 3 di atas, takkanlah aku kena menolak usaha kawan-kawan yang nak aku berdamai.
5. Aku takda justifikasi yang baik untuk meneruskan pergeseran ini.
6. Aku teringat firman Allah, “Dan kalau ada dua golongan daripada mereka yang beriman itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian (melampaui batas) terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sampai reda kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah reda, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil, sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. [al-Hujurat : 8]

Aku tak pernah takut untuk hadap sesiapa pun di dunia ini. Tapi, aku lagi takut jika kemurkaan Allah terhadap aku apabila sudah jelas justifikasi terhadap perdamaian.

Ya, semua orang beriman itu bersaudara. Tetapi orang beriman yang berbuat zalim wajib ditentang dan dilawan. Kalau masih tak faham, tahun depan bulan Julai, buat paper BM July.

😜

ps : Bila tengok mamat batu api ni fan Najib Saahari, faham dah lah..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.