BUKTI-BUKTI ORANG KITA MASIH DIJAJAH MINDA MEREKA DENGAN KETUANAN PUTIH (WHITE SUPREMACY)

B

Apabila kau berjaya kahwin dengan orang putih, ibu ayah, keluarga, dan diri sendiri berasa bangga macam menang trofi. Walhal orang putih tu hanyalah “loser”, “nerd” atau “broke” di negaranya. Bukan yang “awesome”. Macam biasa, yang “awesome” biasanya dah dimiliki awal.

Bila orang putih datang bagi pembentangan (presentation), terdiam dan ternganga orang kita. Itu yang sampai ada syarikat sampai mengupah orang putih untuk buat “presentation”. Itu yang ramai penipu (scammer) menggunakan nama-nama dan watak-watak orang putih dalam barisan (line up) carta orgnisasi mereka. Masih ingat Bitclub Network? Uinvest? Geneva Gold?

Kalau orang putih pandai cakap Bahasa Melayu pula, terus diangkat, dijulang, dilambung, diberi ruang dan peluang. Bila orang Melayu fasih berbahasa Inggeris, orang putih tak pernah kisah pun. Kan?

Korang masih ingat Mat Dan?

Ketika Mat Dan tinggal di Malaysia selama 7 tahun, dia pakai visa apa? Permit apa? Kalau ikut cerita dia, dia hanyalah “backpackers” yang nak pergi kerja di Australia. Kisahnya, dia habis sekolah (A-Level/ Year 12) terus dia mengembara dan tinggal di Malaysia. Kelulusan pendidikan pun rasanya tiada ijazah atau sijil profesional yang membenarkan dia tinggal dan bekerja di Malaysia.

Aku tak nampak apa visa atau permit yang membolehkan dia bekerja di Malaysia. Sampai dia dilantik menjadi duta dan ada rancangan sendiri di kaca tv. Berapa ramai orang Bangladesh yang lancar dan fasih berbahasa Melayu, ada mendapat tempat di hati kita?

Aku bukan cemburu atau apa pun tentang Mat Dan ni, aku tak kisah pun. Alhamdulillah, dia dah masuk Islam, berkahwin dan dapat PR. Cuma Mat Dan merupakan salah satu bukti-bukti yang betapa kuatnya jiwa dan minda kita dijajah dengan ketuanan putih bangsa kita ini.

Ya, aku tau ada lagi beberapa orang putih yang berjaya menjadi pencipta kandungan (content creator) atau pempengaruh (influencer) yang mencari makan dan tinggal di Malaysia. Apa permit atau visa yang mereka pakai, aku pun tak pasti.

Demikianlah bangsa kita yang sentiasa memandang tinggi bangsa orang putih ini, walhal mereka hanyalah “nobody” sahaja yang datang ke Malaysia.

Korang ada jawapan tak kenapa orang kita jadi begini?

😉

https://www.facebook.com/watch/?v=1114603406653996

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.