Apa yang aku rindu di Australia dan UK dulu adalah bulan 11 dan 12. Segala mak nenek semua sales. Memang murah. Ada juga yang scam. Dalam murah-murah tu dia selit barang yang tak sales pun, tapi orang assume sales.
Masa bulan 12 ni, orang Layby barang akan collect Xmas present yang diorang dah layby dari bulan 6. Bayar sikit-sikit, macam kutu dan menabung. Sampai masa collect. Sebelun 24hb nanti ramailah beratur collect barang layby diorang.
Aku pernah tulis pasal ni dulu, ada anak muda yang bawa idea “kutu barang” dengan konsep layby. Sebuah syarikat startup technology yang dicetuskan oleh beberapa anak muda yang meminta syarikat aku bangunkan.
Aku setuju sebab aku suka konsepnya. Dan aku sendiri layby barang-barang yang aku nak nanti, yang tak urgent, benda yang boleh plan. Contoh, aku layby vacuum Dyson untuk birthday gopren aku, perfume yang memang setahun sekali kena renew.
Macam PS5 hari tu, aku layby 3 bulan je, konon nak cepat. Lepas sampai, haram tak main pun. Jadi tunggul je. Tapi takda lah rasa sakit sangat bayar seketul kan. Bayar sikit-sikit, pelan-pelan. Sebab konsep layby ni, kita tak berhutang.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sikit-sikit dengan Layby. Biar lambat, asal barang original dan berkualiti. Baca posting lama aku di bawah tu.
https://www.facebook.com/abufedora.alturkistani/posts/1310279862692024