Geran adalah dana percuma yang diberikan oleh kerajaan, agensi kerajaan atau syarikat-syarikat kerajaan sebagai cara untuk membangunkan ekonomi dan teknologi. Geran juga menjadi lubuk politikus dan kroni untuk mengeluarkan duit dari kerajaan.
Pelaburan atau dana daripada kerajaan pula biasanya melalui syarikat-syarikat kerajaan seperti Khazanah, PNB dan 1MDB. Disebabkan dana ini tiada pemilik sebenar, maka ia selalu disalah gunakan untuk kepentingan pihak tertentu.
Jadi duit-duit free jenis ni biasanya akan di-cashout untuk pihak-pihak yang sudah susun melalui vehicle yang mereka gunakan. Biasanya syarikat-syarikat yang dapat geran, owner dia mesti macam jackpot kaya dan bergaya tiba-tiba.
Jadi aku nak kasi tips dekat mana biasanya puak-puak ni cashout-kan duit-duit tersebut?
1. Melalui gaji, benefit, privilage dan pekerja.
Gaji director, elaun itu, elaun ini, insentif, driver, pa, dan orang gaji. Semua company tu bayar.
2. Vendor atau anak syarikat
Contoh company ayam yang dapat geran 100m, main vendor dia company itik. Company ayam yang dapat geran dia biarkan rugi, company itik anak syarikat dan juga vendor buat profit kaw-kaw. Ambik lagi gaji dari company itik pula.
3. Renovation
Buat outlet banyak-banyak, renovation juta-juta, ambil % sikit daripada contractor renovation. Lepas tu outlet tutup pun pergi mampos lah!
4. Jual balik anak syarikat.
Company anak syarikat itu tu buat profit kaw-kwa kan tadi, dia dah ambil dividen, gaji dan bonus apa hantu semua. Then jual kepada company ayam yang dapat dana dan geran tu. Cash out jual share!
5. Buat software
Suruh kawan jadi vendor buat software RM2 juta, minta 30% cashout or kasi je RM100k kat member tu, balance kau suruh return, then write off je.
Setakat ni yang aku nampak dan jumpa 5 cara ni lah. Mungkin ada lagi cara lain. Tapi 5 ni pun dah cukup dah untuk kau cashout. Berniaga tak pakai duit sendiri, memang takda masalah untuk kau buat rugi.
Kalau kau pakai duit sendiri, kau takkan sanggup bagi rugi atas alasan tax planning sebab making profit is the best valuation ever. Betul tak? Korang sendiri pun, nak ke invest dekat company yang buat rugi yang tak significant?
Aku ni tak pandai, tapi aku ni taklah bodoh dengan hujah expansion, startup, valuation, pre-IPO, IPO, road to IPO, road to Nasdaq, Grab, Uber, Ali Baba, Tesla dan Amazon! Partner aku Nik Izwan Kamel ada MBA dari Soton Uni lah!
Siapa nak geran dari aku? Mungkin korang boleh ke IPO!
Click sini..
www.ifmal.com/?irt=1758
InsyaAllah untung, tak rugi..
ps : Gambar di bawah adalah komen seseorang kepada aku sebelum ini. Tapi dah delete lepas aku bagi salam dan kasitau aku datang dari masa depan. Cuma nak kasitau, dia pernah dapat geran RM2 juta untuk company dia nama Igrow masa umur dia 26 tahun.