“CIK ISLAM KAN?”

Inilah ayat penunggang agama yang berminda khawarij, yang mengkafirkan orang secara tidak langsung.

Korang nak tunggang agama, korang nak tonggeng agama atas apa pun alasan, buat content ke, sila buat.

Apabila kita buat content, kita kena terimalah kritikan orang lain. Aku pun dapat video-video yang dikongsi oleh rakan-rakan.

Pada aku, nak jadi content creator, jadilah content creator bermaruah, ilmiah dan bijak. Kalau atas alasan buat content, pornstar pun buat content.

Tapi kalau yang mengaku emaknya pun merentan komen di wall aku, siap pm aku nak tanya aku Islam ke tak. Cuba check pula hukum tabarruj? Tentang riyak, ‘ujub dan takabbur sehingga lupa betapa bodohnya diri sendiri.

Khairul Ameng pun buat content video, takda pula aku nampak dia buat perangai usung duit cash banyak-banyak. Dunia hari ini ke arah cashless. Pelik pula kami yang uncle-uncle ni berminda cashless, paperless dan environmental.

Tetapi adik-adik di IG dan Tiktok masih nak bermain drama cash ketul-ketul, tunjuk kaya dan berjaya. Ingat semua tu zaman uncle-uncle je. Zaman uncle-uncle ni, yang buat content tunjuk-tunjuk cash ni biasanya..

1. scammer.
2. ahlong.
3. gang cuci duit.
4. gang lari cukai.
5. budak forex.
6. ponder kosmetik timbang kilo.
7. budak MLM nak tunjuk kaya.
8. product owner nak cari agent.

Tapi kalau trend ni masih tak berubah, uncle-uncle tak pelik. Sebab 8 golongan ni masih kekal wujud sampai hari ni. Cuma tukar platform saja.

Kan?
ps : kalau dah yakin banyak pahala mengalir, takyah ler merentan lagi. Kan?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.