CONTOH PEMIKIRAN WALABIT, TAASUBER DAN USOP

C

Dalam posting aku tentang kesan viral aib peribadi, 2 orang ini datang beriya-iya dan menegakkan hujah mereka. Takpalah, tapi bila mereka melalut, sahlah mereka ini walabit, taasuber atau usop.

Kes yang viral baru-baru ini adalah kes dalam kain, kes dalam rumah, yang disebarkan oleh isteri sendiri. Dia pilih untuk viral. Aku tidak mengecam tindakannya, tapi aku rasa kesannya nanti dekat anak dan keluarga.

Yang pasti wanita itu telah padamkan posting tersebut. Jika itu kebenaran yang ingin disampaikan, kenapa ianya didelete setelah ia viral. Jika itu kebaikan yang ingin dicapai, kenapa dipadamkan?

Tapi kalau mereka yang memilih untuk memviralkan hal dalam rumah tangga, itu hak mereka. Silakan. Tapi natijahnya di masa akan datang itu pasti hadir. Aku sekadar memberi pandangan berdasarkan pengalaman aku.

Kes yang melibatkan Ustaz Madi pula lain sudutnya. Ia melibatkan kes jenayah seksual. Ia melibatkan lebai yang menggunakan nama dan statusnya memanipulasikan perempuan yang naif. Mangsa bukan seorang, tetapi ramai. Ia bukan aib peribadi. Ia jenayah.

Ia dilaporkan oleh mangsa-mangsa. Jadi ini bukan kes dalam kain sendiri. Ini kes melibatkan maslahah masyarakat. Aku sendiri sudah melakukan tabaiyun semaksima mungkin. Rujuk :
https://www.facebook.com/106639804995509/posts/149271257399030/?d=n

Mangsa-mangsa ini takut melaporkan kerana bimbang masyarakat tidak percaya kerana individu itu suci di mata walabit, taasuber dan usop. Hal ini sama seperti mangsa rogol yang takut membuat laporan kerana bermacam faktor.

Aku berpandangan yang kes jenayah ini perlu dibuka luas supaya memberi support kepada mangsa-mangsa predator sex untuk tampil. Pada aku, ada beza ibu sendiri menuduh ayah kepada anaknya penzina dengan mangsa diluar menuduh ayahnya penjenayah seksual.

Ibarat penjenayah rogol atau seksual yang belum disabitkan bersalah diumumkan dalam massa. Ia dibenarkan kerana maslahah umum. Inilah yang difahami secara rasional. Aku pelik, hal aib disuruh sebarkan, hal jenayah disuruh diamkan.

Aku tak katalah pemikiran walabit, taasuber dan usop ini salah total. Ikut dioranglah nak fikir macam tu. Tapi aku rasa, pemikiran sebegitu menggalakkan lebih ramai Ustaz Madi muncul. Kan? Diorang memang suka ke spisis Ustaz Madi bercambah?

ps : Malang buat suami viral tersebut sebab dia bukan lebai terkenal.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.