CRADLE FUND – DANA GERAN WANG RAKYAT YANG DILABURKAN KE SYARIKAT JUDI?

C

Cradle fund adalah agensi yang kononnya ditubuhkan kerajaan untuk memberi dana kepada anak Malaysia yang membangunkan tech-startup. Kononnya yang buat inovasi. Selepas aku go tru senarai nama-nama startup yang mereka dah fund, terlihatlah beberapa yang pada aku bukanlah suatu inovasi. Sekadar blog, jual event hall dan beberapa yang merepek. Mungkin itulah inovasi menurut Cradle.

Siapa yang tahu, aku memang cukup malas acara pitching-pitching ni. Pada aku ia acara yang membuang masa aku. Selalunya apabila ia dana kerajaan, ia biasanya bertindak mengikut apa yang diarahkan tanpa berfikir menggunakan akal yang sihat. Takkan nak fikir lebih. Mereka sempit dan rigid. Ibarat orang terkena cirit birit sedang menahan berak.

Aku juga pembangun tech-startup. Startup aku bermazhab profit-based bukan valuation-based. Aku percaya profit mampu membawa valuation yang lebih baik. Dengan profit baru boleh dapat dividen kan? Korang nak invest dekat syarikat untung ke rugi? Kita ni tinggal di Malaysia, bukan di Sillicone Valley, maka eloklah aku tumpahkan peluh, keringat, darah dan simpanan sendiri untuk membuktikan kapasiti dan kemampuan kami dulu.

Sesudah 3 tahun startup kami berjalan, menongkah onar, badai dan taufan dalam dunia keusahawanan. Kami survive melalui fasa pandemik covid. Selama 3 audit, startup kami buat untung. Kami bayar cukai tanpa kami mengemis balik sekupang pun dana daripada kerajaan dalam bentuk geran. Maka, tahun 2023 kami rasa kami dah cukup layak untuk memohon geran kerajaan yang insyaAllah kami takkan bazirkan duit rakyat tersebut seperti puak startup lain.

Dengan pengalaman sebagai pemilik software house, kesemua co-founder dalam syarikat pun steady, penuh dengan pengalaman berniaga dan pembayar cukai yang taat. Kami rasa dah tiba masanya kami nak recoup balik duit cukai kami dan syarikat untuk pembangunan projek tech terbaru syarikat kami dengan memohon geran daripada Cradle.

Daripada diorang bagi geran puak-puak yang nak cashout duit geran yang dapat atau kaum-kaum yang bakal gagal, baiklah kami sendiri yang apply. InsyaAllah, peratusan gagal itu lebih rendah untuk kami since kami dah establish-kan. Maklumlah, 90% startup gagal itu biasa.

Walaupun aku skeptikal dengan puak-puak yang makan gaji dalam Cradle tu. Panel-panel yang nak interview kami tu pun tak pernah berniaga, buat startup, dan tak faham apa itu inovasi dan teknologi. Definisi mereka pasti berbeza dengan orang seperi kami yang dah bermain lumpur dengan industri. Itulah telahan awal aku. Tapi aku bersangka baik. At least biarlah aku memastikan, nanti orang kata aku cakap je, tak pernah try.

TETAPI setelah tiba.. Setelah masuk putching.. Kebiadaban mereka telah ditunjukkan, mereka tidak kenalkan diri, kedangkalan mereka telah disahkan dan segala telahan aku sangat benar. Kami minta tukar slide presentation lama yang dah di-submit 3 bulan lalu kepada yang terkini yang lebih segar, tidak dibenarkan. Walhal berapa saat saja sebab kami nak bagi thumbdrive saja. Mungkin mereka lupa gaji mereka itu rakyat yang bayar. Takpa.

Sebelum balik, aku naik semula tanya nama mereka supaya catatan dan pandangan aku ini tidak salah. Pekerja di sana tidak kenal lagi 2 orang dalam bilik A. Tetapi lagi 2 orang itu Zariq Ashifa dan Azizul Hamid. Once aku dapat nama ni, lagi seorang tu aku dapatlah. Nama dia Eizzar Supiar. Kesemua puak ni, dalam rekod hanyalah orang finance, makan gaji dan tidak pernah ada apa-apa startup yang berjaya.

Setelah soalan-soalan mereka menunjukkan inovasi kami ditolak, takpalah. Sesi pitching tukar kepada kami pula grill mereka. Kami pula tanya soalan kepada mereka. Korang yang nak apply Cradle kena ambil segala tips ni.

Katanya, mereka mendapat mandat daripada kerajaan untuk memberi dana kenapa tech-startup yang buat inovasi. Definisi inovasi mereka agak menghina akal. Sahabat aku, Abu Turbine yang baru pulang daripada UK pun rasa terhina. Korang boleh check sendiri di web mereka startup-startup mereka yang diletakkan. Untuk pengetahuan korang, syarikat-syarikat yang sezaman dan milik kenalan-kenalan aku yang gagal dan tersontot diorang dah remove tau daripada website diorang.

Rujuk : https://www.cradle.com.my/startups/

Mereka tolak inovasi kami sebab kononnya mereka dah fund/invest satu startup lain yang kononnya buat benda yang sama. Tapi belum siap. Kami punya ni, dah almost siap dan ready untuk deploy di kedai-kedai kami. Hanya memerlukan sedikit injection sahaja.

Ibarat macam disebabkan Cradle dah bagi dekat Henry Ford untuk buat kereta, dia tak boleh bagi dekat Carl Benz. Ibarat mereka reject Lamborghini disebabkan Ferrari sudah ada. Pada mereka, competition itu bukan inovasi. Walhal setiap software itu journey dia berbeza. Kenapa ada Uber, ada Lyft dan Grab? Macam sama kan?

Definisi inovasi yang mereka pegang sangat kartun dan lawak. Aku percaya syarikat yang mereka dah fund kononnya tu akan gagal. Mereka bukan orang industri dan tidak faham soal industri retail sebagaimana kami faham.

Kemudian mereka risau kalau bagi dekat kami, kalau gagal kami kena bayar balik. Ha, yang ni terlepas cakap kot. Takkanlah company yang dah profit, yang dah ada strong fundamental punya kebarangkalian gagal lagi tinggi dari company yang profit tak pernah, earnings negative, audit pun tak pernah? Takkan budak finance tak boleh fikir?

Maka aku tanyalah, apa contoh startup-startup yang berjaya. Mereka sebut beberapa company, tetapi aku tangkap 2 ni dan aku terus SCRUT depan mereka dengan menggunakan Interepo (www.interepo.com).

1. Niagawan – Software accounting. Berlambak je kat luar software accounting kat luar sana. Taktaulah apasal diorang bagi. Last audit company ni pun 2019. No comment.

2. Zoomitnow- Company ni rugi. Buat delivery service macam Lalamove. Retain earning pun dah negative 9 juta lebih. Pandangan aku ia bukanlah startup yang berjaya.

Bila aku kata Zoomitnow ni still gagal, belum berjaya, diorang defend kata dah buka kat luar negara. Aku macam nak tergelak kuat-kuat. Apa punya bodohlah justification tu. Semudah itu sifir mereka. Setakat nak ada appearance di luar negara. Kami ni terus boleh buat ada apperance luar negara seperti di Australia, UK, Indonesia dan Vietnam since kami memang dah ada office di sana.

Dengan revenue RM2.8m dan rugi RM2.4, tidak untung. Pada aku bukanlah berjaya. Berjaya pada aku adalah memberi pulangan kepada negara dan rakyat dengan membayar cukai. Kalau rugi ni, diorang sedap cashout jela. Makan gaji. Pitching dan terus pitching. Kalau dah sontot pun, jangan tutup company, kekal dormant. So, masih tak gagal selagi tak tutup.

Lagi 1, diorang nak ada user dan dah ada traction. Benda ni, kami boleh je create. Bukan susah. Tapi buat apalah kami menipu. Kami datang dengan steady, bukan datang sebagai startup sendu yang menipu. Tipu database, tipu traction, tipu revenue ni biasa je budak-budak lain buat. Bukan kami taktau. Mungkin tipu Cradle la kot.

Dengan mentaliti dan ideologi startup yang mereka pegang sebegini, aku percaya mereka akan gagal. Gagal kerena membunuh potential yang sebenar. Gagal kerena ego dan in-denial tentang kegagalan mereka. Aku rasa kalau dibuat audit betul-betul, mesti jumpa macam-macam.

Jadi, untuk korang yang nak apply Cradle Fund ni, aku bagi tips untuk korang.
1. New fresh idea yang mereka tak pernah fund kononnya.
2. Create traction dulu.
3. Target buka office luar negara.
4. Company tak untung takpa.
5. Bayar cukai tak dikira berjaya.
6. Jilat lebih sikit, pergi event, kenal-kenal dengan pengarah-pengarah VP-VP diorang.
7. Kalau korang dah level terer, jangan apply-lah. Unless korang nak enjoy the moment mendengar perkara-perkara yang menghina akal korang.

Sebelum balik, Nik Izwan Kamel yang duk go thru satu-satu startup yang kononnya berjaya tiba-tiba ketawa,

“Padanlah diorang tak minat dengan kita, kita mana jackpot. Diorang nak fund dekat syarikat judi lah! Kah kah kah!”

Lepas ni siapa nak apply Cradle Fund, buat startup judi online. Mesti diorang suka. Gambling-tech startup. Kalau kena tangkap, aku ada peguam boleh tolong kawtim!

😜

ps : Kisah lama masih relaven.. https://www.facebook.com/106639804995509/posts/269677428691745/?d=n&mibextid=qC1gEa

https://www.facebook.com/watch/?v=1247218459196979

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.