“CRYPTO HARAM!”
“Kau lawan mufti! Mufti pun kau langgar!”
“Abang mat Bursa ke?”
“Tak, saya buat CFD..”
—-
Crypto ni padangan yang kata haram sangat lemah, bahkan marjuh. Boleh campak dalam tong sampah. Fatwa ulama’-ulama’ yang ahli dalam dunia kewangan semuanya kata harus. Yang dulu kata haram pun dah berubah jadi harus.
CFD pula, aku check fatwa dari Eurpe, USA dan Australia. Yerla, mungkin fatwa kat situ liberal sikit. Kat 3 negara tu pun kata haram.
Di Malaysia, Dr. Daud Bakar pun kata tak patuh syariah (haram).
Lagipun budak-budak ni, bukan buat duit dengan trading pun, dia buat duit dengan buat kelas dan ambil komisen jadi introducer je.
Kalau kau orang perasan lah, sifu-sifu kecil ni masih buat unit trust, takaful, asb-f, sambil-sambil buat kelas trading kecil-kecilan.
Main income diorang bukan trading. Kalau betul trading kau buat duit, itulah main income kau. Kalau kau sendiri trade pun melingkup, apa benda kau ajar? Ajar melingkup macam kau?