Aku pernah berperang dengan CULT dari DDK (Delay-delay Koin) dan CULT Gelang Ajaib Patuh Syariah. Walaupun 2 CULT ini berlainan aliran dan mazhab, tapi mereka mempunyai persamaan yang sangat ketara.
Pertama : Akidah Yang Sama
Apabila mereka dikritik aku, pasti mereka akan beriman dengan Pengiran Luqmanul Hakim Abd Rahim yang telah merembat dana derma untuk melawan saman Affiliate Junction. Itulah messiah mereka untuk melawan aku. Walaupun mereka sebenarnya tau Pengiran itu penipu yang pernah mengaku anak Sultan Brunei dan Lisa Surihani gopren dia.
Ke-dua : Founder Dianggap Nabi
Apa yang founder kata, mereka akan iyakan. Founder masuk majalah, mereka share. Founder tunjuk bebal, mereka jadi bangang. Founder kencing berdiri, mereka kencing berjoget. Expert opinion ke, dokumen official ke, semua diorang takkan terima.
Ke-tiga : Tunggang Agama
Walaupun mereka mempunyai akidah yang syirik, tetapi agama tetap ditunggang, ayat-ayat Al-Quran tetap akan dibacakan apabila gagal berhujah secara fakta. Yang patuh syariah lagi lebihlah. Dia tunggang sekali nama penasihat syariah dia.
Ke-empat : Hasad dan Dengki Melayu/Muslim
Aku dikatakan dengki dengan kemajuan Melayu/Muslim seperti mereka kerana mengkritik penipuan dan kebodohan mereka. Aku dikatakan menabur pasir ke dalam periuk nasi mereka. Aku dikatakan ejen DAP dan Yahudi.
Ke-lima : Bertanya apa sumbangan aku kepada Melayu
Mereka akan berbangga-bangga dengan sumbangan mereka kononnya menolong Melayu. Akal pendek mereka ini membuatkan aku terkenang juga kepada Skim Tok Belagak, Jutawan Luxor dan Uptrend yang juga menggunakan script yang sama.
Kesimpulannya, asal dari benih MLM ponzi akan menghasilkan kebodohan dan akidah yang sama. Kesesatan mereka tidak bertebing. Mungkin pernah pakai gelang ajaib di kepala barangkali. Mereka semua ini berasal dari keluarga telur!