DAGING LEMBU DARI NEGARA KRISTIAN?

D

Ada orang minta aku ulas isu ini. SCRUT isu ini. Cuma aku takda masa. Pagi ni je aku ada masa nak selak-selak. Aku juga bertanya beberapa brother yang main daging beku dari negara luar.

Mula-mula aku terbaca sudah 40 tahun cartel bawa masuk daging tak halal, kemudian cop halal, aku rilex je. Sebab agama tidak menghukum kita yang termakan tak halal tanpa sengaja.

Tapi bila aku baca lagi, tidak halal menurut JAKIM. Aku tersenyum. Halal JAKIM adalah halal syadid. Kerana kita semua sedia maklum, tiada cop halal dari JAKIM tidak menjadikan sesuatu itu HARAM.

Makcik jual keropok lekor tepi jalan. Ada cop halal JAKIM? Paklong jual kue tiaw goreng arang, ada cop halal JAKIM? Pak Jabit jual rendang ayam kampung, ada cop halal JAKIM?

TAKDA!

Nak dapat halal JAKIM pun macam-macam hal juga dan terpaksa melalui bermacam birokrasi yang tak perlu. Sebab itu orang kampung sembelih sendiri, jual sendiri tak minat ambil cop halal JAKIM. Sebab itu Mak Bedah jual minyak Habbatussauda takda sijil halal JAKIM.

Anyway, aku telah bertanya kawan-kawan di tanah arab tentang daging-daging beku dari barat. Memang mereka juga import dari Amerika Latin seperi Brazil, eropah seperti Spain dan UK selain Australia dan New Zealand.

Sebenarnya, semua rumah penyembelihan yang dikatakan tidak halal itu ada sijil halal menurut kawan-kawan yang main daging beku ni, tetapi bukan dari JAKIM atau badan yang diiktiraf JAKIM. Nanti aku cerita bagaimana kawan aku di Australia, seorang pengusaha rumah penyembelihan cerita tentang birokrasi halal JAKIM ni.

Isu kartel 40 tahun ini sebenarnya adalah pemalsuan cop halal JAKIM dan mungkin juga certificate of origin rasanya. Selain itu, masalah AP daging diberikan kepada orang-orang tertentu menjadi mereka yang ada supply dari luar terpaksa bersilat dan berkungfu untuk masuk ke dalam industri yang telah dimonopoli orang beberapa orang tertentu. Kenapa tidak dibuka kepada sekalian kaum muslimin di Malaysia AP tersebut?

Tentang isu tidak halal daging yang diimport. Rasanya kita perlu balik kepada usul fiqh perkara muamalat.

الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah HARUS sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).Perlu dibuktikan yang kesemua haiwan itu adalah haram. Dalam masa yang sama, terdapat pendapat ulama’ yang mengiktiraf daging yang keluar dari rumah sembelihan negara ahli kitab adalah halal. Bukan halal JAKIM, bukan halal Islam, tetapi halal ahli kitab sebagaimana kosher. Dilihat senarai negara yang diimport adalah datang dari negara ahli kitab (nasrani) kristian.

Hal ini berdalilkan ayat al-Quran di bawah,

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّباتُ وَ طَعامُ الَّذينَ أُوتُوا الْكِتابَ حِلٌّ لَكُمْ وَ طَعامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ
“Pada hari ini dihalalkan bagi kamu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang yang diberi kitab (Yahudi dan Nasrani) itu halal bagi kamu dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka.” (al-Maidah ayat 5)

Banyak lagi hujah lain yang boleh dikemukakan. Takpalah, jangan buang daging tu. Kalau taknak, bagi aku. Aku makan. Unless ada sesiapa boleh buktikan secara sahih dan sarih ia haram.

Buat kartel, lepas ni tak perlu pakai cop halal JAKIM. Pakai je cop halal Brazil, Bolivia, Mexico, Spain dan lain-lain. Korang boleh kempen macam ni, siapa yang nak anak-anak terer main bola, makan daging dari Brazil.

Sorry gang, pandangan aku sedikit berbeza sebab aku bermazhab cop haram, bukan cop halal. Rasuah memang salah, salah satu cara menghentikan rasuah adalah permudahkan urusan masyarakat tanpa birokrasi dan compliance yang menekan rakyat.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.