DAPAT APA JUMPA MENTERI?

D

Kelmarin, tiba-tiba aku dihubungi untuk dipelawa menghadiri meeting dengan YB menteri KPWKM tentang kes adik Bella.

Aku pada mulanya menolak kerana tidak berapa minat dengan meeting formal dengan pihak kerajaan. Kerana dalam kepala aku, mereka ini hanya akan beretorik.

Tetapi setelah melihat kesungguhan mereka yang mahukan aku hadir, aku merasakan mungkin terdapat sinar di hujung kelam. Aku percaya, jika YB menteri benar-benar mahu membantu, maka political will akan digunakan olehnya. Itulah yang aku harapkan.

Jadi, aku hadir.

Aku datang mewakili diri aku sendiri. Aku mewakili korang semua yang menyokong aku. Aku takda NGO di belakang aku, aku takda sesiapa di belakang aku. Aku hanya insan yang mungkin dipilih oleh tuhan untuk membela nasib adik Bella.

Siapa yang mengenali aku pasti tahu apabila aku tiada apa-apa kepentingan, aku akan bercakap dengan tegas dan jelas apa yang aku mahukan. Mereka yang jemput, jadi biar aku buat kerja aku. Aku tak pernah takut dengan mana-mana pihak.

Tambahan pula apabila diminta meeting tersebut dilakukan tanpa prejudis, maka aku telah mengkritik keras beberapa kelemahan JKM dan meminta perkara tersebut diperbetulkan segera.

Aku juga telah meminta Syed Azmi dipecat dari segala jawatan yang diberikan KPWKM kepadanya kerana jelas dia telah beberapa kali tidak konsisten dan misleading dalam memberi kenyataan tentang kes adik Bella.

Aku telah jalankan tanggungjawab aku. Aku telah bersuara bagi pihak korang. Aku juga telah membidas beberapa kenyataan-kenyataan dangkal yang dikeluarkan oleh mereka di dalam mesyuarat.

Mungkin ramai yang panas hati dengan kelancangan lidah aku. Buat mereka yang terlibat, aku mohon maaf. Aku takda gaji buat kerja ini. Kerja ini patut dibuat JKM. Aku takda niat mengguris hati mana-mana pihak.

Buat YB menteri, aku mengharapkan satu kenyataan rasmi yang tegas dan jelas sebagai “ibu” kepada adik Bella agar meeting kita semalam tidaklah dianggap drama atau retorik semata-semata.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang mahukan aku hadir, ribuan kemaafan aku pohon andai ketegasan aku tidak disenangi.

Maaf, aku bukan penjilat mahupun pengampu.

#JusticeForBella
#Justice4Bella

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.