DI MANAKAH AGAMA DAN JIWA KEMANUSIAAN ORANG SEPERTI INI?

D

Di saat telah terbukti dan dibuktikan ramai yang menjadi mangsa scam sahabat karibnya, dia masih terus bergelak ketawa. Tidak cukup dengan bergelak ketawa bersama scammer, orang yang lawan scammer pun dia nak kecam.

Dengan alasan dia berkawan dengan semua orang. Aku tidak tahu apa agama orang ini. Agama Islam yang aku pelajari, menjadi sunnah scammer itu dipulaukan atau ditahzir. Bahkan terdapat banyak hadis melarang kita berkawan dengan orang yang buruk akhlaknya. Takkan scammer punya akhlak yang baik kan?

Tetapi jiwa kemanusiaan juga mengajar aku untuk meninggalkan orang jahat dan orang yang buruk perangainya. Adakah korang nak bagi anak-anak korang berkawan dengan scammer? Adakah korang nak benarkan anak korang berkahwin dengan scammer.

Orang ini telah banyak kali ditunjukkan oleh bebrapa follower aku yang kerap menghina aku. Takpalah, bukan level aku nak melayan walatik, walayam dan walalurtik ni. IQ mereka rendah, jiwa mereka syaitan. Tetapi apabila dia datang ke wall aku untuk komen dan membela si scammer. Aku rasa dia serius.

Tak mengapa. Jika ditanya kepadanya apa doaa aku kepada dia, pasti tiada. Pernahkah aku scam duit dia, bini dia, nenek dia, atau mak dia. Pasti tiada. Tetapi kenapa dia nak menyerang aku? Itulah aku panggil persahabatan berlandaskan nilai kesyaitanan. Tiada amar maaruf nahi munkar.

Disebabkan perangai orang seperti inilah, scammer-scammer dan para penjahat terus tegar meneruskan kehidupan dan berbangga dengan kejahatan yang dia telah buat. Tengok saja Si Sham Itik, tanpa rasa malu dan segan dia mengitikkan diri.

Apa sebab?

Sebab ada syaitan-syaitan yang tolong bersorak. Inilah manusia-manusia yang merosakkan masyarakat dengan toksik jiwa. Aku harap kita semua tak jadi macam orang ini dan tidak mendidik anak bangsa kita dan anak cucu kita untuk jadi seperti orang itu.

Gila betul. Scammer disayangi, mangsa scam dibiarkan, orang yang lawan scam diserang. Apa punya manusia yang ada jiwa dan mental seperti ini.

Apa pandangan korang?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.