DOA BERBUKA PUASA YANG PALING SAHIH?

D

Jika menurut ilmu hadis, doa yang sering kita baca selama ini adalah tidak sahih, iaitu,
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ
“Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka.”
[HR Abu Daud (2358)]

Hadis yang dibawa oleh Muaz bin Zuhrah itu, Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadis ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadis ini. Maksudnya hadis ini dhaif.

Seterusnya, hadis yang semisal dengannya adalah lafaz daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika berbuka,
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Syeikh al-Arnaout menghukum sanad hadis ini sebagai dhaif.

Yang sahih doa berbuka puasa menurut hadis adalah seperti hadis berikut yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
“Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah.”
[HR Abu Daud (2357)]

Syeikh al-Arnaout menghukum sanad hadith ini sebagai hasan.

Sekian. Amalkan dan sampaikan..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.