DOA UNTUK KESIHATAN MENTAL?

D

“Lep, kasi dekat sahabat kau yang ada penyakit mental tu. Mungkin lepas dia amalkan, dia akan sihat. Tak ganggu urusan suami dia, tak guna sosial media suami dia untuk melaga-lagakan diantara kawan-kawan suami dia, tak menyibuk perbualan dengan kita, dan akhir sekali merestui suaminya yang nak bernikah lagi.”

Aku tergelak mendengar justifikasi tersebut. Cuma aku tertarik dengan doa kesihatan mental melalui hadis riwayat Imam An-Nasaei. Macambiasa sebelum kita nak sembang pasal hadis, mula-mula kita pastikan sama ada hadis tersebut sahih atau pun tidak.

Seingat aku, hadis ini sahih. Paling tidak pun statusnya hasan. Cuma tentang fadhilat atau khasiat doa di dalam hadis tersebut tidak aku ketahui. Lagi pelik apabila ia dikatakan doa untuk kesihatan mental. Seingat aku, tiada mana-mana ulama’ muktabar di dalam syarahnya menyatakan hadis ini merupakan doa kepada penyakit mental.

Maka, aku telah menyemak ingatan aku dengan menghubungi sahabat aku yang mulia, Maulana Dr. Nasaie Hanaffie yang baru sahaja selesai viva PhD hadis di Jordan. Katanya,

“Hadis sahih. Cuma tak pernah dengar ia doa kepada kesihatan mental.”

Maka, jelaslah hadis tersebut bukanlah doa anjuran Nabi SAW untuk kesihatan mental. Tetapi hanyalah doa yang Nabi SAW ajarkan untuk menyelesaikan segala masalah. Bukan masalah sakit mental semata-semata.

Di sini aku nak sampaikan sesuatu, hadis yang sahih tapi cara faham dan amal salah, ia tetap jadi salah. Kerana segala fadhilat di dalam amalan Islam mestilah datang daripada sumber yang benar.

Teringat aku kisah Ibnu Mas’ud RA Menegah pelaku zikir beramai-ramai dengan batu dan ada tekong. Salah seorang daripada mereka berkata,

“Demi Allah kami hanya inginkan kebaikan..”

Apa Ibnu Mas’ud balas?
“Betapa ramai orang yang inginkan kebaikan, tetapi tidak menepatinya (menepati amalan Nabi SAW dan para sahabat.”

Kisah tersebut diriwayatkan oleh Imam Ad-Darimi dengan sanad yang sahih.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.