DR. DAUD BAKAR : ULAMA’ KEWANGAN ISLAM YANG AKU HORMATI

D

Dalam dunia kewangan Islam, Dr. Daud sangat terkenal di dalam dan luar negara. Di Malaysia, beliau ialah pengerusi penasihat syariah BNM dan SC.

Beliau dikenali sebagai perintis kewangan Islam di Malaysia. Keilmuan, pengalaman dan ketajaman akal beliau tidak dapat dinafikan.

Selain dari itu, cara pemikiran beliau agak unik dan canggih. Tidak seperti ilmuwan-ilmuwan Islam yang lain. Beliau sangat progresif dan sentiasa dahaga untuk memahami perkara baru.

Akhlaknya sangat lembut, tidak ego, sanggup pergi ke tempat di mana dia boleh mendapatkan kefahaman yang baik dan sahih tentang sesuatu masalah. Walaupun beliau seorang yang ternama dan lebih senior.

Beliau sanggup datang dari jauh ke Saka Cafe, untuk berdiskusi dengan aku tentang teknologi blockchain dan dunia kripto kerana dia mahukan penerangan yang lebih praktikal dari kami sebagai blockchain developer.

Korang jangan pelik bagaimana pemahaman dan kefahaman beliau jauh mengatasi mana-mana ilmuwan Islam lain tentang bitcoin dan blockchain technology.

Di saat ilmuwan Islam di Malaysia kabur dan meraba-raba dan mengharamkan bitcoin, beliau dengan yakin memberikan pandangan yang matawang kripto adalah harus tanpa syak.

Hari ini dunia Islam telah menerimanya dan pandangan-pandangan baru muncul mengharuskan bitcoin dan matawang kripto. Bahkan negara Islam di luar sana berlumba-lumba membangunkan matawang kripto negara masing-masing.

Nak baca dan menghayati pemikiran Dr. Daud Bakar tentang bitcoin dan teknologi blockchain?

Klik link di bawah, aku dah translate ke Bahasa Inggeris siap-siap kalau kau tak faham bahasa Melayu!

https://coin.my/author/dr-daud-bakar/

https://coin.my/author/dr-daud-bakar/

https://coin.my/author/dr-daud-bakar/

Ingat kawan-kawan, jangan involve dengan bidang ini jika tiada ilmu. Jangan!

Today’s knowledge, tomorrow’s wealth!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.