Aku pernah bertekak dengan DZN. Isunya adalah bitcoin. Dia memang sangat annoying bila gagal menjawab dengan baik, tapi aku mana boleh kalah. Memang aku tetap cuba sekolahkan dia. Nasiblah aku ni tetamu dia, kalau di tanah neutral pasti aku tiaw sampai dia pindah ke Saudi esoknya.
Masalah mana-mana lebai yang dah biasa bercakap di depan ramai orang, ada pengikut, dan ramai pentaksub, akan cenderung memandang rendah kepada sesiapa yang dia jumpa. Malangnya dia berdepan dengan aku waktu itu. Sikit rasa gentar pun tak wujud kerana dia telah crossborder masuk ke bidang kepakaran aku.
Kau silap masuk tajuk. Jadi, aku cuba menerangkan. Dia tanya aku siapa, aku kata akulah “ahli zikr” itu. Dia yang konon tak taksub dengan mana-mana ulama’ kata Mufti Taqi Uthmani kata haram. Aku tanya dia 3 soalan je,
1. Mufti Taqi is real expert in blockchain technology?
2. Mufti Taqi knows how to code?
3. Get Mufti Taqi infront of me, I will grill him infront of you. Are you willing to watch how I am going to grill him?
Lepas tu dia melantun. Kata aku datang from nowhere, Mufti Taqi tu pakar muamalat. Lepas tu dia petik Daud Bakar, aku kasitau Daud Bakar kata harus. Dia lagi pening. Memang annoying la argument dia. Tak habis-habis ulang ayat tanya ahl zikr dia. Kalau ikut hati aku, nak je aku bagi middle finger. Tapi respect aku kepada orang yang telah berkhidmat kepada agama ni masih ada. Aku sabar. Aku tetamu dia.
Tapi kalau kau dengar mana-mana ulama’ besar yang komen haram pasal bitcoin, untuk mereka yang faham, kau akan rasa diorang tu bangang. Sangat menghina akal. Kalau ada agama lain yang tuhan redha, aku memang akan tukar agama, malu aku orang yang dipanggil ulama’ bebal macam tu bertanggungjawab jaga agama aku. Nasiblah aku belajar dengan salafi, ulama’ tak maksum, jangan sembah ulama’, pandangan yang merepek campak saja ke tong sampah.
Anyway, discussion itu terhenti setelah makanan sampai. Semuanya damai selepas itu. Dia ajak aku ke rumahnya, minum chai. Sembang-sembang sikit. Setel la hal bitcoin tadi. Tak discuss dah. Dia pun cuak kena tiaw dengan aku lagi seround kot.
Baru ini DZN ada sebut pasal tetamu, kata-kata dia tu menyebabkan aku terkenang datuk dan nenek aku yang berIC merah. Sebenarnya kalau kita dengar balik penerangan tentang tetamu itu ada konteks yang jelas. Siapa yang ambil secara literal, memang kurang cerdik. Tapi biasalah, kau tengok puak yang sibuk halau DZN tu satu pattern je bebalnya. Dari awal memang diorang tak suka.
Aku berpandangan macam ni. Dari mula aku tak setuju kerajaan bagi status PR dekat DZN. Biarlah dia ke negara lain. Negara yang orang Islam dia cerdik. Kat Malaysia ni orang Islam dia ramai yang bebal. Jadi tak sesuai. Lepas tu pula, Muslim apolegetik pun ramai. Paling penting dia sepatutnya memenuhi syarat mendapatkan PR.
Pada aku DZN ni sebenarnya FDI, dia boleh bagi income kepada negara. Peace TV dia pun power, jutaan penonton dari dalam dan luar negara. Dia datang Malaysia pun, dia spend kat sini dan create peluang pekerjaan. Kenapa pejuang liberal demokrat benci dia? Ke depanlah, debat dengan dia. Good business ni! Takkan debat jadi bukan budaya pula? Takkan bila kau gagal debat dengan dia, kau nak guna kuasa politik halau dia.
Kematian Adib masih lagi tak terbela disebabkan rusuhan 1 kaum. Warganegara yang tidak fasih berbahasa Melayu punyalah ramai. Menteri-menteri yang mengeluarkan kenyataan berbaur rasisme pun wujud, Dong Jiao Zong yang memang rasis. Semua ini tidak lahir dari ajaran DZN. Usir sahaja mereka semua ini keluar bersama DZN. Barulah adil dan demokratik!
Mereka warganegara, DZN tidak? Warganegara yang masih gagal bertutur Bahasa Melayu layakkah menjadi warganegara? Tiada beza awal atau cepat seseorang itu mendapat kewarganegaraan kalau tidak memiliki ciri-ciri warganegara yang sebenar. Lebih malang warganegara itu yang sentiasa melanggar kontrak sosial yang telah dimetrai sejak kewarganegaraan itu diberi.
Jadi, dicadangkan DZN wajib menjalani induction kenegaraan dan masuk ke kelas Bahasa Melayu jika benar-benar mahu tinggal di Malaysia. Kemudian harus dijalankan ujian, jika gagal, revoke saja PR dia. Bagi dia visa lain, visa business ke. Dia banyak funder wo!
Begitu juga warganegara yang gagal bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik walaupun lahir dan membesar di sini, revoke juga kewarganegaraannya. Jalankan ujian kenegaraan juga. Yang gagal kita revoke juga.
Kau tengok negera-negara yang mengeluarkan PR dengan mudah, sebenarnya bukan mudah, kau kena lepas beberapa kualiti untuk dapat PR, kalau Australia, English test tu wajib lah.
Malaysia? Warganegara pun merepek. Kau nak harap DZN lagi better dari kau pula? Kau dah kenapa bebal?