DRAMA APA HARI INI?

D

Hari Perbicaraan Kes Adik Bella
20 February 2023 – Isnin

Seorang peguam telah dilantik oleh YBGK untuk membantu OKT dalam proses pembelaan hari ini. Peguam YBGK hadir dan mulakan prosiding dengan membacakan hujahan beliau.

OKT hadir lewat. Jalan jem katanya. Jadi mahkamah “stand down” sebentar sementara menunggu OKT sampai. OKT memang style! Kenapa entah tak tarik je “bail” dia.

11.30am sambung prosiding dan OKT memaklumkan yang beliau sekarang MELANTIK KEMBALI salah seorang peguam yang telah TARIK DIRI sebelum ini iaitu “Datuk” Farhan Maaruf.

Maka, peguam yang telah di lantik oleh YBGK dan yang telah menyiapkan hujahan dan persediaan untuk kes ini telah di gugurkan bila OKT membuat keputusan untuk menggunakan khidmat peguam lama.

DPP agak berang telah menyatakan kronologi peristiwa prosiding pembelaan ini di mana banyak kali tertangguh apa bila ada isu-isu peguam tarik diri, OKT tidak diwakili peguam dan sebagainya.

Mahkamah mengingatkan bahawa hak diwakili peguam adalah hak OKT. Akan tetapi, itu bukan lah hak MUTLAK OKT dan mesti menghormati proses dan peraturan yang di tetapkan mahkamah. Mahkamah menegur dan merekodkan sikap-sikap yang sengaja menangguhkan proses mahkamah. Ia adalah tindakan yang tidak menghormati mahkamah. Mahkamah menegaskan untuk tiada lagi permohonan PENANGGUHAN untuk kes ini lagi.

11.47 am – Prosiding pembelaan bersambung dengan OKT membacakan kenyataan saksi tambahan dan di wakili oleh peguam lama beliau. Semoga perjalanan kes selepas ini berjalan lancar dan adil untuk semua pihak.

#JusticeForBella
#JusticeDelayedJusticeDenied

Direkod dan ditulis oleh :
Ghazalee Mat Hassan

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.