Aku terlihat Mat Jargon dikecam kerana bawa kamera. Mungkin nampak lagi over sebab banyak sangat kamera. Mungkin dia nak dapatkan the best angle dan hasil. (Rujuk gambar 1)
Gambar 2 pula, Syed Saddiq berlari-berlari dengan cameraman dia untuk memberi bantuan. Tak berlari pun takpa kan? Takkan takda kereta or suruh je budak-budak pusat khidmat hantar.
Gambar 3, tauke kosmestik timbang kilo tolak kereta sorang-sorang sedangkan cameraman dia shoot video dia, padahal kalau tolongkan lagi mudah dan cepat. Bahaya kot dekat highway.
Aku boleh list down ramai lagi orang buat baik dengan kamera berdrama. Duduk buat muka sedih. Niat dalam hati dia, aku taktau. Tapi, aku pasti dan pasti, ia adalah content sosial media mereka.
Aku panggil drama!
Orang NGO buat untuk orang ramai terus menderma dan infaq kepada NGO dia. NGO dia kaya, dia pun kaya dan boleh tunjuk dia buat kerja penuh bergaya.
Orang politik buat pula untuk mileage politik dia. Tunjuk dia buat kerja. Dia rajin. Dia bagus. Bila ramai tau, dia lawan lagi, dia menang. Dia ada gaji MP berbelas ribu dan pencen. Steady!
Tauke kosmetik timbang kilo pula untuk dapatkan viral marketing. Walaupun barang dia timbang kilo, dia nampak baik dan cool. Orang ramai akan support dia.
Ini pandangan aku lah.
Aku telah tulis tentang susuk tubuh yang wajar kita tekuni dan ambil tauladan.
Bacalah sini..
https://www.facebook.com/100037715657121/posts/372159584051227/?d=n