DULU DIAM KES TIPU SEWA DEWAN, KINI DIAM JENAYAH KOPIAH PUTIH..

D

Ada bocah ISMA baru nak up nak main isu aku pernah bising pasal ISMA Australia (SA) menipu rakan-rakan kerjasama majlis berbuka puasa lebih 10 tahun dulu di Australia.

Ya, aku bukan bising pasal ISMA sahaja. Pasal MASCA duit kena rembat dengan presiden Adam Usamah pun aku juga yang bising. Pasal duit MyPSA ghaib tanpa resit dan taknak baca laporan kewangan ketika AGM pun aku juga yang bising.

Disebabkan terlalu banyak korupsi yang disapu ke bawah karpet ketika zaman aku di Australia dilakukan oleh orang Malaysia inilah, membuatkan aku sentiasa skeptikal dengan mereka.

Baik, aku boleh umumkan siapa mereka. Sikit pun aku tak takut. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamannya mencabar mana-mana kawan-kawan ISMA ketika kes sewa dewan itu berlaku untuk tampil bermubahalah dengan aku.

Heh! Itu pun kalau berani..

Ini muka-muka saudara ISMA Australia aku, lebih spesifik ISMA South Australia, yang tahu dan maklum kes sewa dewan yang aku bising dulu. Boleh suruh diorang untuk mubahalah lawan aku.

Ada yang dah jadi pempengaruh, ada yang dah jadi pensyarah, ada juga yang sepenuh masa dalam ISMA atau AmanPelesitn. Ada juga yang sedang bertaqiyah taknak mengaku dia juak ISMA.

Dulu mereka mendiamkan diri, hari ini juga mereka mendiamkan diri. Ada muka-muka di bawah ini bersuara ketika AmanPalesitn dibuktikan tidak beraudit selama 5 tahun?

Ada muka-muka ini bersuara secara terbuka ketika lebai mereka, Awang Piyan kantoi berbohong dan berdusta di dalam kenyataan media yang SSM membenarkan mereka melewatkan audit?

Ada tak muka-muka ini bangkit mengecam Dollah Zaik yang merupakan Amirulmukminin ISMA, juga pemegang amanah AmanPalesitn, dan juga pemilik Samudra Champa, setelah SPRM menjumpai duit AmanPalesitn “diberi” kepada Samudra Champa?

Ada muka-muka ini bangkit mempersoalkan integriti lebai-lebai mereka dengan menyiasat kenapa di dalam laporan audit AmanPalesitn tidak diisytiharkan pembelian jongkong emas?

Ada tak muka-muka ini menuntut Majlis Ulama’ ISMA untuk menjawab pandangan dan fatwa tentang hukum wakalah seperti yang telah ditulis oleh ramai ilmuan Islam di Malaysia.

Mereka diam itu bukti mereka progresif? Bukti mereka bukan walaun? Bukti mereka merdeka dengan prinsip? Bukti mereka tak taasub jemaah dan fanatik jemaah?

Korang-korang yang kenal mereka di bawah cuba tanya kes AmanPalesitn kepada mereka. Dengarlah jawapan mereka. Minta dirakam dan kongsikan di sini kalau mereka berani.

Aku pasti mereka masih tsiqah terhadap lebai-lebai mereka walaupun secara etika memang sudah salah. Aku lihat, kini juak-juak ISMA bermain dengan naratif konspirasi, BFI-lah, SSOMAD-lah.

Oi lebai! Yang tak audit 5 tahun dulu tu salah BFI? Salah SSOMAD? Yang tak rekod ada aset jongkong emas itu kerja BFI? Kerja SSOMAD? Yang isu syariah tentang hukum wakalah itu kerja BFI juga? SSOMAD juga?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.